Sunday, September 30, 2012

Segmen : Tangkap Follower Sebanyak Mungkin

Assalamualaikum.
Segmen daripada Nabila Medan.
just click the banner if u wanna join.
followers sekarang 956.

Segmen:Saya Follow Awak,Awak Follow Saya

Assalamualaikum.
Selamat malam semua. tengah stress study biologi. so cara nak hilangkan stress, kena menaip.
tengok update baru rakan rakan bloggers, terjumpa la segmen ni. dan aku pun amek keputusan nak join jugak. 


click banner if u wanna join.
followers sekarang : 953
tag : tuan fatin
      kak ieka
#keep smiling

Saturday, September 29, 2012

Hey Sis, Happy Birhday

Assalamualaikum
29/9/2012 - 18th anniversary my sister.
tudung meroh pe najwa latif.haha

Dear lovely sister, NurHanani Husin. 
happy birthday dik. Semoga diberkati Allah hendaknya. Di kesempatan ni aku nak minta maaf kat mung sekiranya gagal menjadi seorang kakak yang baik untuk mung. Aku marah mung sebelum ni sebab aku sayangkan mung. u are my sister, of course aku kena jaga mung. aku kena nasihat mung. aku telah diamanahkan untuk jaga kimah, mung and adik . good luck exam nanti. try to get DL this sem okay!! ingat, kami semua sentiasa menyokong mung.
love u always dik :))

Wednesday, September 26, 2012

The New Chapter

Assalamualaikum
Finally, Alhamdulillah. Aku telah menjadi student Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Sarjana Muda Sains (Sains Biologi). Alhamdulillah.

Actually aku tak pernah expect yang aku dapat further study. Bila UMT call je suruh aku masuk daftar, aku rasa macam mimpi. Serius tak percaya yang aku kini dah bergelar student UMT. Ramai coursemate aku masa di UniSZA dulu dapat further study kat UMT jugak. Ada Nabila, Ainin, Joy, Dilla. Berkampung di UMT. Kawan kawan aku masa sekolah dulu pun ramai yang belajar kat UMT.

Bila masuk UMT, baru rasa suasana alam universiti. Masa kat UniSZA tak rasa sangat alam universiti sebab tak duduk kat main campus. Setakat ni, aku tak ada pengalaman yang best best lagi kat UMT ni. Yela, baru masuk kan. Tapi bila masuk kelas je, terus rindu UniSZA dan coursemate Medical Lab. Aku rindu korang budak MLT.

Jadual kelas boleh dikatakan agak padat. Dari pagi sampai petang. Standard la kan student. Ada jugak subjek yang memang aku dah lupa. Kena study semula la lepas ni. Akhirnya rutin harian yang telah lama ditinggalkan akan mula diamalkan kembali. Bangun pagi, stay up sampai awal pagi untuk study. Wish me luck :))

*Aku masih sayangkan UniSZA. UniSZA dihatiku :))

Saturday, September 15, 2012

My King

Assalamualaikum
hari ni terasa nak tulis entry pasal ayah aje.aku tak ada kesayangan yang lain yang boleh aku jadikan special entry.kalau ada boleh jugak buat entry "my encik kesayangan" atau "my love".hehe.

dalam hidup aku,ada empat orang lelaki yang aku paling sayang.pertama,of course la ayah aku yang sangat sangat hensem,encik husin bin long. then my brothers,faisal dan hisham husin.dan jugak my little hero,dzarfan.

sepanjang hidup aku, aku sangat bersyukur kerana aku dikurniakan ayah yang sangat bertanggungjawab.beliau telah memberi pendidikan agama yang sewajarnya kepada aku.mengajar mengaji,mengajar cara cara solat dan banyak lagi.alhamdulillah aku telah mencapai impian aku untuk khatam al-quran dengan beliau.aku sangat bangga sebab ayah aku telah menjadi tok guru mengaji aku.beliau sentiasa berusaha untuk memenuhi kehendak kami adik beradik.walaupun dalam kesusahan beliau tidak pernah merungut.berkat kerja keras, beliau mampu untuk menanggung kami sekeluarga.Alhamdulillah.

"Someday i will find my prince but my "ayah" will always be my King"

my ayah with his two little cutie.
ayah, you will always be my king:))

Dear Allah,please protect all my loved ones.

Monday, September 10, 2012

Our Friendship Ring

Assalamualaikum.
tadi aku spend masa dgn bff aku, piqah dan najihah.dorang ni geng kamcing masa sekolah rendah dulu.kiranya dulu selalu je buat apa apa sesame.memang best kalau spend masa dgn dorang.dorang sempoi je.tak ada nak tersipu sipu malu.memang sempoi habis.actually we all tak planned awal awal pun nak spend masa sesame.tetibe je dapat mesej dari najihah.dia ajak keluar makan.so,apa lagi terus cari baju then terus iron.and after zuhur,baru siap siap.

Lepas jalan jalan,we all pergi Giant dan makan kat Chicken Rice Shop.dan yang paling bestnya najihah belanja aku dan piqah.(tq mek,mentang mentang scholarship dah masuk kan,hehe).lepas tu kami pergi cari something yang boleh digunakan as a symbol of our friendship.mula mula nak cari bracelet but then tak jadi.kami pilih cincin sebab cincin lagi sesuai. 

"our friendship ring"
may our ukhwah grow till jannah.

Friendship... is not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything. 

*selamat berangkat bffku,najihah ke egypt malam ni.
tetibe sayu pulak.next time kita hang out lagi.insyaAllah.

Maaf

Assalamualaikum.
Lately,i've got a critical and serious situation.aku tak pernah expect perkara yang selalu terjadi dalam drama akhirnya terjadi pada diri sendiri.seriously i never thought everything is my fault but when it comes to my people i love and care so much, i know i must back off.lebih baik mengalah untuk kebaikan.bila terjadi sesuatu perkara yang sebegini, barulah terasa nak menghargai segala masa masa yang ada.

sometimes,kita tak sedar apa yang kita cakap membuatkan orang terasa dgn kita.kita cakap main sedap mulut je.kita tak fikirkan perasaan orang sekeliling.kita fikirkan diri kita je.and one more thing,kadang kadang tak semua yang kita buat itu betul.

aku memang seorang yang agak "panas" tapi selagi aku boleh tahan,insyaAllah aku akan tahan.
sekarang semua problem dah settle.insyaAllah lepas nie perkara macam ni tak akan berlaku lagi.

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”