Tuesday, October 23, 2012

Survival Laut UMT

Assalamualaikum
*peringatan : cerita ini mungkin agak basi, tapi kalau nak tahu jugak, sila scroll bawah.
sumber : dari blogger umt
okay, nampak tak gambar kat atas.actually aku nak cerita pasal aktiviti survival laut yang aku join last week.kalau korang budak UMT,mesti korang tau apa itu survival laut.
aktiviti survival laut ni wajib ke atas semua student umt yang baru masuk.tak silap program ni dah berjalan since 2002 kot.
friends, dari kiri : aku, ainin, nabila, kak imah, zati, kak zatul, kak fad, kak tiha. abaikan muka aku yg mcm mak cik bila berspecky.

aku dan kawan kawan aku terpilih sebagai last group yg join program ni.mula mula sampai je pulau bidong terus kami dgr taklimat sikit sikit. lepas tu aktiviti terus start. aktiviti 1st water confident. serius aku memang takut air tapi aku bajet cool jela.padahal dlm hati memang meraung raung tak nak buat. bayangkan aku masuk je laut terus aku rasa tenggelam tak timbul timbul.3 kali aku tukar life jacket.life jacket yg aku pilih semuanya tak okay.huhu.lepas tu kena terjun pulak dari bot ke dalam laut. serius, itu yg pertama dan terakhir aku buat.aku tak nak buat lg lepas ni.

next activity Jejak Warisan. memang penat nak mendaki bukit yang agak curam tp best sebab dpt tengok monumen, patung patung peninggalan org Vietnam.
lepas Jejak Warisan, aku dan group aku pergi buat aktiviti kayak pulak.last time aku kayak masa plkn dulu.tapi masa tu tak best langsung sbb dpt partner yg gabra. tapi kali ni aku dpt partner yg memang sama sama hebat dgn aku.memang best gila la.hehe..

lepas tu aktiviti sambung sebelah petang pulak. aktiviti yg paling aku lemah,snorkeling.aku tak suka dan takut air, so memang aku rasa gabra gila la nak menyelam. tapi nasib baik ada sorang fasi teman aku pergi menyelam. kalau tak kerana abang fasi tue, mungkin aku tak berpeluang nak tengok nemo yang comel comel. tq abang fasi.
dan aktiviti yang paling aku suka memancing. best sebab aku dapat pancing 2 ekor ikan. bila fasi bagitau masa dah tak ada, nak je request tambah 1 jam lagi sebab masih belum puas memancing. sekarang baru aku tau kenapa lelaki suka sangat memancing. puas bila dapat ikan.

pada mlm kebudayaan, aku dan group aku buat sketsa. tapi tak macam sketsa pun. haha.
sebelum balik ke UMT keesokan hari, kami bergotong royong bersihkan satu pulau..

*aktiviti macam ni hanya ada kat UMT. 

Friday, October 12, 2012

JOM JADI GENG BUI

Assalamualaikum.

klik header untuk maklumat lanjut.
tarikh tutup : 30 Oktober 2012 jam 11:59 malam

Saturday, October 6, 2012

SEGMEN LYSSA FAIZUREEN | Kenapa Aku Berblog ?

Assalamualaikum.

tekan banner kalau nak join


jom join. aku yakin pasti ramai yg join segmen Cik Lyssa ni. sebelum ni aku pernah join segmen Lyssa. Ini mungkin kali ke 3 kot aku join segmen Lyssa. okay. aku nak jawab soalan interview Lyssa ni.

1.kenapa korang berblog ?

2. Macam mana korang boleh terjebak dalam dunia blogging ?

Soalan 1 dan 2 ni seakan sama je. So, aku nak bagi jawapan sama lah. Actually aku mula start blogging kononnya sebab nak rawat hati yg tengah terluka. haha, kiranya awal awal entry aku semuanya pasal kekecewaan. Aku ni jenis susah sikit nak luahkan perasaan secara face to face. Aku lebih pandai untuk menterjemahkan perasaan aku melalui penulisan.


   3. Apa tujuan utama/asal korang berblog ? Dan apa yang 
menariknya tentang blog korang tu ?

 Aku berblog hanya untuk share pasal kehidupan aku. Dan aku happy dapat kenal rakan blogger yang baik baik. Dan aku rasa blog aku tak menarik pun. 

4.Selitkan sekali , siapa yang menjadi sumber inspirasi korang dalam dunia blogging . Lebih kurang macam idola la

Sumber inspirasi aku dalam dunia blog ni ramai. Contohnya Kak Fatin Liyana, Abang Ben, dan Kak Farah Lee.

okay, done..


Friday, October 5, 2012

Life As A Student

Assalamualaikum.
Hampir 2 minggu aku menjadi student UMT. Kehidupan sebagai seorang degree student memang jauh beza dengan diploma student. but Alhamdulillah aku berjaya menghabiskan sesi diploma aku. tunggu nak konvo je this november. *tak sabar nak jumpa kengkawan semua.

Sejak bergelar student kembali, jadual yg dulunya lengang kini pack kembali. kalau dulu boleh la nak tidur kembali selepas subuh. tapi kini lepas subuh terus buat preparation untuk next class. (*prepare la sngt, online je lebih). kelas paling awal start pukul 8. yg paling lewat habis, pukul 6.
tapi nasib baik bukan tiap tiap hari macam tue. kalau tak, mau pengsan aku. 

This sem, aku amek 8 subjek (Biologi dan Kepelbagaian Tumbuhan, Evolusi dan Biodiversiti, Kimia Organik, Kimia Tak Organik, Tamadun Islam, Hubungan Etnik, Public Speaking and Kokurikulum ) total semua 21 jam kredit. fuhh, memang stress bila tengok jam kredit lebih dari 20. dari banyak banyak subjek, aku paling tak suka subjek Kimia Organik dan Kimia Tak Organik. bila masuk kelas je, terus blurr. apa nak buat ni?? basic chemistry pun dah agak lupa. so, cara penyelesaiannya kena study dari basic. STRESS!!


masa diploma dulu, semua nota lecturer yang bagi. tapi degree student tak kan nak kena suap lagi. pandai pandai la cari sendiri kan. assignment tak usah cerita la. berlambak!! then bila masuk kelas je terus stress tengok student yang berderu derang (*ramai). 2 kos gabung sekali. tak pun 3 kos. hah, stress!! nak duduk pun tak ada tempat. last last duduk atas tangga jela. it's ok, pengorbanan diperlukan dalam usaha untuk menuntut ilmu.
wish me luck :))
"bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian"

~Cik Ija Akmal~
Sarjana Muda Sains (Sains Biologi)
Universiti Malaysia Terengganu

Monday, October 1, 2012

Happy Birthday Sister :))

Assalamualaikum.
dear sister, happy birhday :))

2 hari lepas, birthday adek aku yg 2nd, hari ni birhday adek aku yg 1st.
haish, ramai benor adeknya.

okay, kiranya sempena birthday dia ni, aku nak cerita la sikit pasal adek aku ni. actually adek aku ni bff aku. bff sampai mati. kita orang memang rapat sangat. bukan aku nak diskriminasikan adek adek aku yang lain, tapi memang itu hakikatnya. maybe sebab kita orang hanya beza setahun je. sebab tu mudah rapat kot. everything story and problems pasal aku mesti dia tau. sebelum tidur aku akan ceritakan all my problems to her. kiranya memang sengaja nak burden kan dia.hehe. she's conselor to be. she loves to talk. aku hanya boleh bagi 5 minit je untuk dia bercakap, lepas tu terus aku tutup telinga. berceramah bagai nak rak one of the her hobbies. sebelum ni aku selalu jealous dgn dia. yela, she's the bachelor human science student. aku ni setakat diploma je. tapi sekarang aku dah ada title student Sarjana Muda Sains Biologi. baru best nak bersaing dgn budak ni. hehe :)) Alhamdulillah 
happy birhday sis:))