Thursday, March 31, 2011

dia adalah ABANG!!!

Assalamualaikum semua..selamat malam dan salam 1 malaysia..
entry yang ke 71 nie special untuk abang kesayangan saya,MOHD FAISAL HUSIN..actually entry nie dipublishkan semalam tapi terlupa..asyik sibuk dengan entry BTN je sampai lupa entry yang special nie..he3!!!semalam(30/3/2011) birthday abang saya tue..sudah tua dia nampaknya..25 tahun..dah tua la 2..kena kahwin dah..he3!!!
MOHD FAISAL HUSIN,happy birthday ye..semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan elok sahaja..insyaAllah..

nie la abang saya yang saya sayang sangat nie
p/s:wei,aku sayang mung tau..statement berani mati nie..
he3!!actually nak bodek nie..nak duit 100..please2!!!
he3!!!gurau2 je..

  u more more more more more my bro


sempena birthday dia nie,nak bagi puisi sikit kat dia nie..
betul2 special la nie..


It takes many special qualities

To make a brother like you,

A lot of care and kindness
And understanding, too . . .

semoga cepat kahwin ye..calon kan dah ada..

he3!!!
 sekian sahaja:))

Wednesday, March 30, 2011

"shuka shuki kamies"

PHOTO SHOOT KAMI:))
Masa:24-27 March 2011
Tempat:Kem Desa Mahmood
kenangan sebelum berpisah..


 Jgn lihat di belakang ye..kan dah kata jgn lihat belakang..kenapa lihat jugak..ish3x tak faham betul awak nie..
u all more more more more..
kau sahabat kau teman


It takes more than caring
To be a real friend;
The nature of friendship;
Requires a blend
Of warmest compassion
And love deep and true
To reach and to comfort
The way that you do.
Because I can see
That your kind of friendship
Is priceless to me.


kepoyoan mak cue saya(fadz faudzie)


 che nab,che yat,love u 
  

nomu nomu nomu nomu nomu nomu nomu u all


 inilah saya..cik ija@dak kecik@CK..macam macam nama la:))

chantek!!!!!!

sangat sangat sangat chantek!!!!!!




Make new friends
But keep the old
one is silver
other one is gold



nice shot mlt kite

thnx dani,ata,timah,ainin,naebay,yatie,yana,nisah,
fiqah,ieka,mun,qis,dilla,haida,fadz,tuan,
kak barry,husna,eyma,tiqah,atin,tehah,jannah,lin,fitra 
kerana menjadi sahabat,mak sedare,kakak  dan nenek saya ye:))

BTN oh BTN!!!!!! PART 2

assalamuakaikum dan hye readers..1stly sorry lambat update ye..(ceh,macam la ramai yang tertunggu tunggu)he3!!!
penat sikit..biasa la baru balik dari kem BTN la katakan..nak muhasabah diri dulu..he3!!poyo je saya nie..so,memandangkan saya baru balik dari kem BTN nie,saya nak la jugak share pasal kem tue  kt korang semua..boleh kan???tak salah kan???
4 hari 3 malam,macam macam saya dan kawan kawan tempuh..nak dipendekkan cerita yang paling bestnya kami semua pergi shopping kat rantau panjang masa on the way nak balik Terengganu nie..rantau panjang!!!!!tempat yang paling best kalau nak shopping kat Kelantan nie..so,next time,kalau korang pergi Kelantan,jangan lupa ye singgah rantau panjang..syooookkkk woooo...
1st day
kami kat sana memang rasa nak balik sangat sangat..yela,tempatnya kat hutan kot..biasa la kami  kan orang Bandar tiba tiba masuk hutan mesti rasa nak balik..(hostel  kami kat ladang k,so,kami nie orang bandar..he3!!!)then,dah la masa nak makan kena semua orang ada baru boleh makan..ish3x..selagi ajk makanan(yatie=abe saya) tak kata KAWAN KAWAN JEMPUT MAKAN,kami semua tak boleh makan..skema kan..then,malam tue kami just dengar ceramah je..menarik jugak walaupun agak mengantuk..biasa la,kalau tak mengantuk tue,tak normal la tue..he3!!!
2nd day
Macam biasa bangun tido,solat dengar  tazkirah dan beriadah..hari kedua nie la da start LDK..LDK nya memang best..macam macam nama kumpulan..ada MAT KILAU,TOK JANGGUT,RENTAP,ROSLI DHOBI dan macam macam lagi la..kami semua maen maen,happy happy.. konklusinya memang best..
p/s:nak maen lagi uji kefokusan,nak nyanyi lagu sang ulat bulu..
3rd day
kami teruskan dengan LDK..sampai la LDK yang last pada malam tue..ada 7 LDK je..macam tak cukup kan..sepatutnya 14 LDK baru cukup..he3!!!macam macam la aktiviti yang kami buat..tak kering gusi kami asyik gelak je..then,malam tue kami semua  bersalam salaman..biasa la,nak balik dah kan keesokan harinya..hu3!!!
4th day
hari yang ke-4 nie la yang paling best nie..bangun awal pagi(awal pagi kerrrrr) dan gi solat..then,dengar  tazkirah..tapi saya ponteng..balik dorm terus sambung tidur..he3!!ngantuk,tak tahan..serious,memang ngantuk sangat sangat sangat..time makan baru bangun..he3!!pukul 10,bas datang ambil kami semua..masa on the way nak balik Terengganu kami singgah kat rantau panjang..wah,syokkkk giler..
p/s:saya dah beli pooh besar..kamu semua bila lagi??he3!!
then,sambung perjalanan balik kampung asal..ha3!!!
credits to ata mlt..
ternampak kan keceriaan kami semua..he3!!


credits to yana:))
nice shot mlt kite:))
                                        
    rindu kem 2..rindu nak tido ngan nenek n akak..he3!!

Thursday, March 24, 2011

BTN oh BTN!!!!!!

assalamualaikum semua..selamat pagi..
off9  4 hari untuk berkhidmat pada negara..cewaahhh..he3!!!kem biro  tata negara la..special untuk budak2  MLT sebelum pergi praktikal..so,berhabuk la blog nie dalam masa 4 hari nie..hari nie till hari ahad..
tarikh:24hb-27hb Mac 2011
tempat:kem Desa Mahmud,Pasir Mas,Kelantan
macam mana la kem 2 nanti ye..hope best2 je dan tak ada perkara yang tak diingini..actually sekarang nie saya tak siap lagi nie packing barang..sibuk nak update blog je nie..he3!!!pukul 12.00 nanti dah kena naik bas..ayuh MLT’s student,kita buat havoc ramai ramai kat sana..he3!!!
misi dan visi saya untuk kem BTN nie:
·         nak bawa balik orang Kelantan seorang..ha3!!!gatal betul la..tak de la..ini hanya gurauan ye..saya seorang yang setia:D
·         then,nak happy dengan bebudak MLT sebelum kami berpisah next sem..hu3!!!
setakat nie dulu la ye..nak siap siap..jam lagi bas dah nak sampai..
doakan saya dan kawan kawan selamat sampai ye:))
nantikan next entry saya pasal kem BTN nie..:))
nie la kengkawan saya nie..bebudak cun mlt..
he3!!
                                                                                                                                mlt:medical lab tech

Tuesday, March 22, 2011

entry untuk "si dia"

hye guys and assalamualaikum semua:)setelah sekian lama menyepi dari dunia blogger nie,saya sudah kembali..beban(proposal biostats) yang dipikul selama ini sudah tiada..so,i;m free..so,next plan,siapkan lab report yang berlambak..hu3!!!
fall in ..yeah,i’m falling in again..he’s very cute..seriously memang cute sangat..then,dia memang kelakar..pandai dia buat lawak..lawak dia bukan lawak bodoh k:) jangan salah faham ye..saya hanya jatuh cinta bukannya ingin bercinta dengan si dia..nak tau tak siapa dia??ha3!!!sorry,rahsia ok..saya belum bersedia untuk kongsi semua ini..belum tiba masanya untuk cerita hal yang private nie..kalau kami nak kahwin atau tunang saya akan kongsi ye:)
tapi si dia nie memang sweet sangat..nampak macam sombong but actually dia nie peramah sangat..actually saya nie tak suka sangat lelaki yang peramah..entah macam mana la boleh suka kat si dia lak..nasib dia kot because ada jugak orang yang suka dia nie..then,si dia nie macam budak budak sikit..so,saya layan je la si dia nie dengan buat perangai budak2 jugak..doakan kami k:)

p/s: bila kita mencintai seseorang, berdoalah banyak pada Allah supaya dibukakan pintu hati dia, semoga dia diberi petunjuk bahawa kita sangat mencintainya..tp cinta itu mestilah krn Allah..InsyaAllah jika dia adalah jodoh kita,dia akan muncul juga..

papai dan take care ye semua..mulakan hari esok dengan senyuman:))

Sunday, March 13, 2011

A WALK TO REMEMBER♥♥♥

A WALK TO REMEMBER
Saya bagi 5 bintang pada cerita nie..kalau ada 10 bintang saya bagi 10 bintang..full marks..best gila cerita nie..love story yang tak keterlaluan..sweet,romantic,dan penuh dengan emosi..for me,cerita nie sama je dengan cerita jepun yang titlenya,KOIZORA means LOVE SKY..jalan ceritanya hampir sama tapi yang membezakannya adalah dalam cerita A WALK TO REMEMBER,that lead female yang mati but dalam KOIZORA,watak lelaki yang mati..dua2 mati akibat kanser..dua dua cerita  nie buat saya menangis.. It will seriously make you cry unless you're heartless..ingin saya tegaskan cerita nie memang best sangat..it’s so awesome..bila la Malaysia nak buat cerita yang best dan mengkagumkan macam nie..hanya cerita NUR KASIH je boleh buat saya kagum..minta maaf ye,saya bukan pengkritik filem..ini hanya sekadar pendapat saya..
Berbalik semula pada cerita asalnya,A WALK TO REMEMBER wajib menjadi tontonan kita semua(ha3x,pandai pandai saya je suruh korang tengok kan)kalau korang rasa yang korang suka,korang tengok la..pasti korang suka cerita nie..percaya la pada saya..cerita nie mengisahkan seorang pemuda yang bernama LANDON CARTER(SHANE WEST) seorang student yang popular tapi bermasalah..dia telah didenda untuk membuat kebajikan termasuk menghadiri kelas drama..then,dia telah berjumpa dengan seorang student perempuan yang bernama JAMIE SULLIVAN(MANDY MOORE),seorang student yang konservatif..firstly LANDON CARTER tidak menyukai JAMIE SULLIVAN tetapi perhubungan yang dijalinkan selepas waktu pembelajaran membuatkan kedua duanya jatuh cinta..then,kedua duanya couple sehinggalah suatu hari JAMIE memberitahu LANDON tentang penyakit leukaemia yang dihidapinya sejak 2 tahun yang lalu..LANDON tidak meninggalkan JAMIE dan terus menemaninya hingga ke akhir hayatnya ..LANDON juga memnuhi segala impian JAMIE iaitu ingin kahwin di tempat yang sama dengan ibu bapanya kahwin,ingin berada di dua tempat pada satu masa,ingin membuat tatu,dan ingin membina teleskop..last mereka berdua kahwin dan JAMIE mati akhirnya:((
best part yang saya suka sangat sangat:masa JAMIE dipermainkan oleh rakan rakan LANDON,LANDON datang menyelamatkannya..then,part yang mereka berdua keluar date..sweet sangat..
yang nie citer KOIZORA


yang nie baru la cerita A WALK TO REMEMBER

 sila tengok kalau anda berminat:))he2!!!

                                                
                                          
                                                             p/s:lps nie nak tengok cerita p/s i love u la pulak..then still waiting forthe nur kasih the movie             
                                                                siapa ada movie hikayat merong mahawangsa bagitau k:.nk tengok:))

jom kenali pasangan kita:))

hye semua..assalamualaikum..
nie just nak share je tau..jgn percaya sangat tau..
bukan semuanya betul..kita just percaya yang siapa pun pasangan kita insyaAllah itulah yang terbaek!!!

-Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.1

-Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.2

-Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.3

-Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.4

-Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.5

-Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.6

-Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.7

-Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.8

-Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.9


no.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no
.3
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

credits to my frens:eina plkn:))

                                                                                               awak,awak masih ada harapan..he2!!

Saturday, March 12, 2011

selamat hari lahir kakakku sayang:))

hye semua..nie entry yang paling special untuk akak kesayangan saya,Puan Haslina Husin..kak na,kak na sudah tua..ha3x..ija still muda lagi..he2x..entry nie saya tulis selepas saya berbual dengan dia melalui phone..lain benar suara nya..entah la,maybe kerana kami sudah lama tidak berbual dan sudah lama tidak berjumpa..last last jumpa pun masa raya aidilfitri yang lepas..seriously rindu sangat nak berkumpul ramai ramai satu family..nie tak,time raya mesti salah seorang dari family tak dapat balik..yang tue  tak dapat balik kerana kerja..yang tue tak dapat balik kerana balik rumah mak mertua dahulu..hu3x sedihnya..
berbalik semula kepada akak saya tue,dia nie anak sulung dan merupakan kebanggaan ayah saya..seriously memang ayah sangat sangat bangga dengan anak sulungnya..maybe kerana kak na merupakan anak pertama yang dapat masuk universiti hasil penat lelahnya serta didikannya..
Wish saya:
kak na,semoga kak na bahagia selalu disamping suami tersayang ,abang fadhil serta anak anak yang comel(sofea dan qaira)..ija sayang kak na  sangat sangat..ija harap semoga ikatan kekeluargaan kita utuh selama lamanya ..sayang kak na:)
nie family akak saya..
♥ u so much kak na:))
  
                                                                                                                      

jom jadi wanita solehah:))


Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1.       Taat kepada Allah dan RasulNya
2.     Taat kepada suami

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

p/s:sama sama kita berusaha untuk merebut gelaran wanita solehahJserta doakanlah saya agar dapat jadi wanita solehah..insyaAllah

credits to mutiara hati:))

saya pada hari ini:))


KEBOSANAN
bosan bosan bosan bosan!!!!so saya ambil keputusan untuk mengupdatekan blog cheritera  Ija Akmal yang sudah hampir 14 jam ditinggalkan..he3x!!kebosanan kerana saya ditinggalkan keseorangan di kampus sementara kawan kawan yang lain berebut rebut untuk membeli makanan di kedai makan berhampiran..opss bukan2x..saya tak ditinggalkan..saya yang sebenarnya tak nak ikut mereka kerana saya lebih prefer untuk duduk di library dan study cytology..he3!!!(padahal tak study pun,update blog adalah)
KESAKITAN
Dalam kebosanan terselit kesakitan yang terpaksa saya hadapi..terpaksa menahan perut yang kosong..actually saya tak makan apa2 dari pagi tadi..terpaksa rushing dan siap cepat cepat kerana ada kelas..tu la cik ija,bangun lambat lagi..he3!!!
p/s:thank nek kerana beli makanan kat ucu..he3!!!
KEGEMBIRAAN
ok la ye setakat nie saja dapat saya coretkan..nak makan dah nie..nenek saya dah call dah suruh saya makan kegembiraan kerana akhirnya kesakitan dapat dihapuskan..he3!!!
papai semua dan take care..mulakan hari anda dengan lafaz bismillah dan senyuman..senyum sokmo ye awop2 kita..he3!!!

Friday, March 11, 2011

~bersabarlah sahabatku~

assalamualaikum semua..

macam mana dengan mood anda pada hari nie..
ok ke x???

PENYAKIT..SAKIT..DAN KESAKITAN..
setiap penyakit pasti ada ubatnya..insyaAllah..
itulah yang  telah Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam hadisnya. Sebagai umat Islam kita perlu yakin apa yang Rasulullah tinggalkan 1400 tahun lalu dan kita kena yakin dan berusaha bila kita ditimpa sakit kita wajib merawat diri kita sendiri.Setiap penyakit datang daripada Allah dan kesembuhan juga sudah pasti datang daripada Allah..

dan untuk sahabatku,siti fatimah,
semoga awak sabar hadapi semua dugaan ini ye..
kami semua satu MLT mendoakan semoga ayah awak sembuh secepatnya..insyaAllah..
dan awak jangan lupa,di belakang sentiasa ada kami semua yang selalu memberi sokongan kepada awak..

                                               saya sayang kawan2x saya

Thursday, March 10, 2011

awak jodoh saya ke tak??


assalamualaikum sahabat sahabatku..nie juz nak share info yang saya terfikir sejak semlam..macam mana nak tau kalau yang dia tue jodoh kita??jom baca dan discover sendiri sama ada yang ada di hati kita tue jodoh kita atau tak..nie saya cari kat internet dan saya edit edit sikit..kalau tak percaya,search kat google sendiri ye..
1. Bersahaja
bersikap bersahaja dan tidak berlakon..maksudnya tidak control la..kalau nampak macam dia tue control macho la,control ayu la.\,sah sah dia tue berlakon..so reject2x..dia bukan orangnya..

2. Senang dan selesa bersama
kalau bersama dan keluar dengan dia,tidak ada sedikit pun perasaan bosan,jemu ataupun tertekan pada diri kita..semuanya happy je.. semakin hari semakin sayang..he2!!kalau tak jumpa sehari rasa macam setahun je tak jumpaL

3. Terima kita seadanya

yang nie yang paling penting..pada saya yang nie akan jadi criteria 1st yang akan saya cari pada seseorang kalau saya yakin yang dia adalah jodoh sayaJ..dia tak kisah pun siapa kita..dia terima seadanya diri kita...

4. Sentiasa jujur
kejujuran akan buat kita bahagia..

5. Percaya Mempercayai
yang nie merupakan kunci kebahagiaan setiap couple..dia percaya kita dan kita pun mesti percaya dia jugak..
6. Senang Bekerjasama

7. Memahami diri kita
memahami diri kita dengan sebaik baiknya..kalau kita sedih dia pasti akan menemani kita dan member nasihat kepada kita..(take care pasal kita)

8. Tampilkan kelemahan
dia tak berpura pura yang dia tue hebat..dia bagi tahu kita kelemahan dia..kelemahan dia adalah kelebihan kita..so,kongsilah kelebihan kita untuk sempurnakan dia..dan kelemahan kita pasti akan dibaiki oleh kelebihan dia..
9. Kata hati
dengar kata hati dan serahkanlah pada Allah..dan jangan lupa buat solat istikharah kalau tak yakin sama ada dia jododh kita atau tak..

10. Mimpi
then,kalau dah buat solat istikharah InsyaAllah jawapan tue akan muncul dalam mimpi kita..
JODOH PERTEMUAN,AJAL MAUT DI TANGAN ALLAH.KITA HANYA MAMPU MERANCANG,YANG MENENTUKAN HANYA ALLH S.W.T SAHAJA.
p/s:awak,awak..awak jodoh saya ke tak??