Sunday, July 3, 2011

nak yang sempurna tapi diri sendiri hampeh~


Petikan dari I Luv Islam Kalau Nak Bidadari, Tunggu Di Syurga Nanti..

Ummi   : Mat... kau dah besar Mat. Ummi rasa dah
sampai masanya untuk kau berumahtangga dan memiliki keluarga sendiri.
Ahmad : Betul ke Ummi?
Mat ok je kalau Ummi boleh carikan calon yang sesuai.... (senyum malu)
Ummi   : Haah ni gambar dan biodata A,
Ummi yakin dia sangat baik orangnya.
Ahmad : Nampak ok orangnya Ummi, tapi.....
dia ni gempal sikitlah Ummi.
Ummi   : Dah 3 bulan Ummi cari calon yang ni,
 B macam yang Mat sebut tu.
Ahmad : Masya Allah Ummi....
tapi B ni rendah lah Ummi....
Ummi   : Nah ! Cuba tengok gambar C ni,
tentunya memenuhi citarasa kau Mat.
Ahmad : Subhanallah.....
cantik dan manis betul dia ni tapi dia gelap sikitlah Ummi..
Ummi   : Kau minat tak D anak Pak Cik Min tu,
cantik, putih dan badan pun slim.
Ahmad : Mat nak yang macam tu lah Ummi tapi....
yang lemah lembut sikit wataknya.
Ummi   : Tengok gambar E ni pulak,
dah 4 bulan kawan Ummi
tolong carikan untuk anak Ummi sayang ni.
Ahmad : Mat suka macam dia lah ni Ummi
tapi Mat nak yang kelulusan professional lah.
Ummi   : Cuba kau tengok gambar F ni,
baru lulus jurutera dari Australia.
Ahmad : Allah Allah hebat dia ni...
tapi kalau dia ada ciri berkepimpinan, Mat memang setuju.
Ummi   : Ni pulak G, doktor muda balik Mesir dan ada ciri-ciri ketua,
lama dah Ummi cari.
Ahmad : Masya Allah hebat,
tapi dia tak hafal 30 juzuk Qur'an lah Ummi.
Ummi   : Maafkan Ummi Mat,
Ummi tak ada masa yang banyak untuk cari calon yang sempurna macam yang kau nak.
Ahmad : Kalau macam tu boleh Ummi minta tolong abah carikan pulak...
Ummi   : Abang, cubalah carikan calon untuk Mat,
anak kita yang memilih sungguh tu.
Abah   : Calon yang macam mana dia nak?
Ummi   : Dia nak seorang yang putih melepak, cantik,
tidak rendah, tidak tinggi, tidak gempal, watak yang lemah lembut, lulusan bidang professional, berkarismatik dan ciri terakhir, hafal 30 juzuk Al-Qur'an.
Abah   : Ok lah. Sayang pun tau, abang ni kurang sabar kan? Ayang pesan je pada Mat tu... minta dia tengok cermin puas-puas. Kalau dia betul-betul nak kahwin dengan bidadari, dia kena masuk syurga dulu.... Peace! ^_^

nak yang cantik cantik tapi diri sendiri hampeh..
dalam cerita nie,confirm saya orang first yang kene reject sebab saya PENDEK..hu3!!!
kalau nak yang macam bidadari tue cermin la diri tue dulu..
cukup ke ilmu di dada,gaji besar ke tak nak tanggung bidadari tue,ada rumah banglo tak sebabnya bidadari kena tinggal kat rumah besar..he3!!!
Terima seadanya kerana InsyaAllah kita akan bahagia selama lamanya..

"kalau nak yang cantik cantik 
cermin diri sendiri dulu"

No comments: