Monday, November 11, 2013

Z.I.T.A's Collections



Assalamualaikum semua.
Lately nie, aku asyik usha je blouse, jubah yang cantik cantik.
Z.I.T.A Collection pun ada koleksi jubah yang cantik dan menarik. 
Lets check it out.


Joint Color Chiffon Jubah With Belt - RM 62


 Quality Joint Color Chiffon Jubah - RM 65

Cape Jubah With Belt  - RM 68


Printed Chiffon Blouse With Belt - RM 58


Vintage Paisley Jubah With Belt - RM 66

Selain dari jubah dan blouse, Z.I.T.A Collection juga ada sediakan tudung. Tudung yang nie special sikit.

Stethoscope Hijab
Jilbab Meatus Shoba - RM 45
Yg menariknya tudung nie ada lubang unik di area telinga utk mudahkan akses stetoskop and earphone. Kiranya design nie sesuai utk golongan doktor. yg suka dengar mp3 pun ok jugak. 

Dan tidak ketinggalan Z.I.T.A Collection juga ada sediakan pilihan laptop bag yang menarik dan sesuai untuk kita semua.



Thank you for reading this entry.











Saturday, November 9, 2013

Playboy Itu Suami Aku

Assalamualaikum
Tamat sudah drama Love You Mr. Arrogant (LYMA).  Cant wait for next drama, Playboy Itu Suami Aku (PISA). Juga adaptasi dari novel . Karya Kak Suri Ryana.

 Ni lah novel PISA. Gigih aku nak dptkan autograph Kak Suri. Punya la inbox dia minta dia kirimkan novel yang ada sign dia. But at last adik aku pergi jumpa dia sendiri kat Pameran Buku. 

Actually aku bukanlah peminat drama Melayu. Aku lebih suka dengan cerita cerita omputih. Merlin, Supernatural, Rookie Blue, Vampire Diaries. Tapi disebabkan aku ni pembaca novel tegar, aku nak tahu mcm mana novel yang aku minat boleh jadi cerita yang menarik di layar tv. Sekarang semua drama adaptasi dari novel. Yang terbaru next week, PISA akan ditayangkan. Sebelum novel PISA keluar lagi, aku dah follow ceritanya. Dan penulis novel PISA tue memang antara idola aku dalam dunia penulisan. Aku memang minat karya Kak Suri Ryana since novel Maid lagi. Mesti lagi syok kalau novel Isteri Separuh Masa didramakan. Jalan ceritanya lagi best. 

 Jom tengok !!!
New hero - Fattah Amin sbg King Adrian.
  Till then, k bai. 

Friday, November 8, 2013

Kenyir Lake - Soak Waterfall

Hello.. Assalamualaikum.
Bersua kembali ye. Kali nie aku nak kongsi sikit pasal trip aku dan kengkawan  ke Tasik Kenyir.  Aku nak review sikit pasal aktiviti kami nie. Kiranya trip nie nak isi masa cuti Deepavali baru nie.  Happy Deepavali to all my Indian friends. Sempat lagi kau nak wish ye Cik Jah.

Kami decide pergi hari Sabtu. So, malam Ahad dapat le balik umah. Rumah I kan dekat uollls, boleh la I balik sesuka hati I je. Around 6am hari Sabtu aku bangun terus siap siap. Yela, excited kemain nak pergi picnic. Kalau nak pergi kelas, tak ada maknanya bangun seawal itu. Lepas siap siap packing makanan, terus bertolak around 8 mcm tue.

Disebabkan perjalanan yang tak menentu kami sampai Tasik Kenyir around 1pm. Terus pergi kaunter tanya and survey tempat tempat yang menarik. Then we all decide nak pergi Soak Waterfall. Soak Waterfall paling dekat and tambang bot pun paling murah. Lagi jauh lagi mahal. Kami naik bot 7 orang RM 150 pergi balik. Mula mula bodek la jugak driver bot nak minta kurangkan. Dah senyum manis paling menawan pun dia tetap nak RM 150. Dah excited nak pergi sangat, bayar ajelah.




Sampai je Soak Waterfall terus cari port yang menarik. Dan bermulalah penggembaraan kami. Semua makanan kami bawa sendiri. Si Rusna bawa mee goreng, si Hanan bawa keropok and ayam. Geng geng asrama and rumah sewa buat air and sandwich. Hajat nak bawa pizza pergi Kenyir sekali tak kesampaian. Sampai sana just nak cari tempat utk bakar ayam je. Then terus makan kat situ.


Kami duduk melepak kat Saok Waterfall tue ada la dalam 2 jam lebih before driver bot datang ambil. Bagi aku trip nie memang best sebab pergi dengan kengkawan yang sempoi giler. And tempatnya bagi aku tak berapa menarik. Mungkin Soak Waterfall tue tak berapa menarik. Then next trip nak pergi mana pulak? 

xoxo, publish.