Monday, December 31, 2012

Final Exam

Assalamualaikum.
Tetiba je ada mood nak update blog. Busy dgn study week la katakan. Hehe.
1/1/2013 -------> start final exam. Tahun lepas final exam kat UniSZA. Sekarang dah beralih kat UMT pulak. Okay fine, aku masih tak dpt buang UniSZA dari hati aku.
Awal awal study week, aku balik rumah. Berstudy week dengan mak ayah dan adik adik. Eh, mak ayah pulak yang over nak study week..Haha. Aku balik rumah pun sebab aku rasa stress. So, aku perlukan mak ayah aku before aku nak start study week.
perang akan bermula 1/1/2013.
pada semua yg nak final exam. good luck okay.

Sini aku ada tips nak share dengan korang. Credits to http://www.xpresi.org/ 

Ulangkaji Pantas
Bila seminggu nak peperiksaan pastinya masa semakin suntuk. Maka sangat penting untuk kita membuat ulangkaji lebih pantas tetapi memberi kesan. Membuat ulangkaji pantas ini boleh dilakukan dengan membuat nota ringkas, nota poket, nota formula berkait, mencari keutamaan subjek serta membaca soalan lepas beserta membaca skema jawapan. Hal ini penting kerana dengan membaca skema jawapan secara tidak langsung menggalakkan penerokaan ilmu secara menyeluruh walaupun ianya tidak terperinci.

Mengajar Orang lain
Bila hampir peperiksaan jangan lupa dan kedekut untuk mengajar rakan lain tentang apa yang kita tahu. Hal ini kerana kadar tempoh mengingat lebih tinggi jika ia diajarkan kepada orang lain. Mengajar orang lain memaksa otak bekerja lebih faham sesuatu kerana ingin menyesuaikan dengan kefahaman yang diajar sehingga meningkatkan lagi kefahaman melalui dimensi lain. Selain itu, mengajar rakan membuatkan rakan tersebut bertanya soalan yang mana mungkin kita sendiri tidak terfikir sebelum ini hinggakan kita turut sama mencari jawapan kepada persoalan yang timbul.

Semak Jadual
Jadual perlu disemak selalu kerana ia sangat penting. Sebelum menghadapi peperiksaaan belajarlah mengikut jadual peperiksaan sebenar kerana ia memberikan asimilasi situasi serta kebiasaan menggunakan minda pada tempoh-tempoh tertentu. Kadangkala mungkin anda tidak terbiasa menjawab matematik pada waktu petang, maka membiasakan diri mengikut jadual peperiksaan perlu untuk meningkatkan keupayaan otak menjawab. Ketika peperiksaan pula, ada baiknya jadual di buat salinan dan sentiasa diperhatikan masa peperiksaan supaya kita tidak ketinggalan atau lewat menduduki peperiksaan.

Bersedia Dengan Keperluan Peperiksaan
Anda tahu apa keperluan peperiksaan yang perlu dibawa? Jika tidak, segeralah bertanya kepada guru anda. Keperluan ini amat penting bagi membantu anda menjawab soalan nanti, perkara seperti alat tulis, geometri, mesin kira-kira perlu diibawa. Selain itu kelengkapan lain seperti kad pengenalan slip peperiksaan juga perlu diambil perhatian.

Jauhi Dari Bercinta
Ada kajian merumuskan sindrom bercinta ini akan muncul apabila semakin menghampiri peperiksaan. Untuk hari ini saya tak nak lah huraikan tentang kajian tersebut, mungkin lain kali kita akan bincangkan. Untuk kali ini penting untuk kita sedari bahawa jangan biarkan diri kita dipengaruhi oleh perasaan untuk bercinta semasa dekat peperiksaan. Hal ini kerana kajian mendapati perasaan ingin disayangi akan terbit apabila diri rasa risau berpanjangan, kesunyian akibat dari peperiksaan yang semakin hampir. Oleh kerana kerisauan berpanjangan tersebut menggalakkan pelajar untuk mencari pengubat diri dengan bercinta.

Mohon Maaf
Hampir peperiksaan cubalah menjadi orang yang baik, mohon maaf, buat baik dan restu dari Ibu bapa serta guru anda. Hal ini penting kerana perbuatan anda itu mungkin akan dibalas baik apabila anda sedang menghadapi peperiksaan nanti. Nampak tidak logik, tetapi ia ada kaitan dengan psikologi apabila kita banyak memaafkan orang, berbuat baik dengan orang lain terutama ibu bapa akan membuatkan kita rasa tenang hinggakan memberi ketenangan kepada otak supaya dapat menyusun dengan baik maklumat-maklumat yang disimpan.

Jangan Terlalu Ketawa dan Berseronok
Apabila hampir peperiksaan, hati-hati dengan perasaan seronok anda. Kalau boleh, ketawa dengan kuat serta berseronok melampau boleh menggalakkan pertukaran cecair kimia badan sehinggakan penyusunan maklumat dalam fikiran akan terganggu. Tetapi jika anda senyum dan gembira secara sederhana pula ia memberi kebaikan dengan merembeskan hormon yang memberi ketenangan.

Jaga Pemakanan
Makanan juga penting, anda mungkin tidak rela ulang ke tandas dan sudah tentu ia menggangu kosentrasi anda ketika menghadapi peperiksaan. Makanan yang baik menjelang peperiksaan ialah sayur berwarna putih seperti bunga kobis boleh meningkatkan daya ingatan serta kekacang. Anda boleh rujuk sini untuk khasiat sayuran.

Berdoa
Akhir sekali dan penting ialah berdoa, berdoa penting kerana kita hidup didunia ini semuanya ditentukan oleh pencipta. Segala usaha serta apa yang kita alami semuanya adalah pemberian dariNya.

jgn lupa berdoa ye korang :)

Monday, December 10, 2012

Kematian Itu Pasti

Assalamualaikum.

 ” Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu di dalam benteng yg kukuh.” An-Nisa : 78


Semalam aku mendapat berita yang salah seorang lab staff  di PPUKM telah meninggal dunia. Sampai sekarang rasa macam tak percaya. Tapi ternyata Allah lebih menyayanginya. Setiap manusia pasti akan kembali kepadaNya. Hanya masa yang menentukan. Saat mengetahui berita tersebut, aku rasa macam menggigil + takut. Rasa macam baru je kenal arwah. Tetiba arwah dah tak ada. Arwah seorang yg sangat baik. Semoga Allah merahmati arwah. In Sha Allah. semoga keluarga arwah tabah.


*tak boleh tidur smlm.

Thursday, December 6, 2012

Konvokesyen UniSZA

Assalamualaikum.

Finally, Alhamdulillah i'm graduated. Officially graduated from Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
3 tahun belajar dan mencipta kenangan bersama sama, akhirnya dapat jugak aku berkonvo dengan rakan rakan coursemate.In sha Allah 3 tahun lagi akan grad lagi sekali. Kali ini di Universiti Malaysia Terengganu. Doakan aku dan rakan rakan okay :))


before masuk dewan


post convo

Kepada semua bff aku :
thanks sebab sudi luangkan masa bersama sama walaupun waktu terlalu singkat. Alhamdulillah kita mampu mencipta kenangan yang indah dalam masa 3 hari.hehe.Terlalu banyak kenangan yang kita cipta dalam masa yang singkat. Bergelak ketawa di kedai makan, bawak ATV kat pantai Batu Buruk, dan part yang paling kelakar minyak kereta habis dan kita kena saman sebab lupa nak masukkan syiling masa parking.haha.
Walaupun persahabatan kita pernah diuji dengan dugaan, Alhamdulillah kita masih mampu mempertahankan persahabatan kita. In Sha Allah ada masa dan  dipanjangkan umur, kita akan berjumpa lagi suatu hari nanti. love u all 


pre convo
Pantai Batu Buruk

thanks for spending our time together .
yeah,i'm graduated :))


*tulis entry nie sambil dengar lagu kenangan terindah :(

Tuesday, October 23, 2012

Survival Laut UMT

Assalamualaikum
*peringatan : cerita ini mungkin agak basi, tapi kalau nak tahu jugak, sila scroll bawah.
sumber : dari blogger umt
okay, nampak tak gambar kat atas.actually aku nak cerita pasal aktiviti survival laut yang aku join last week.kalau korang budak UMT,mesti korang tau apa itu survival laut.
aktiviti survival laut ni wajib ke atas semua student umt yang baru masuk.tak silap program ni dah berjalan since 2002 kot.
friends, dari kiri : aku, ainin, nabila, kak imah, zati, kak zatul, kak fad, kak tiha. abaikan muka aku yg mcm mak cik bila berspecky.

aku dan kawan kawan aku terpilih sebagai last group yg join program ni.mula mula sampai je pulau bidong terus kami dgr taklimat sikit sikit. lepas tu aktiviti terus start. aktiviti 1st water confident. serius aku memang takut air tapi aku bajet cool jela.padahal dlm hati memang meraung raung tak nak buat. bayangkan aku masuk je laut terus aku rasa tenggelam tak timbul timbul.3 kali aku tukar life jacket.life jacket yg aku pilih semuanya tak okay.huhu.lepas tu kena terjun pulak dari bot ke dalam laut. serius, itu yg pertama dan terakhir aku buat.aku tak nak buat lg lepas ni.

next activity Jejak Warisan. memang penat nak mendaki bukit yang agak curam tp best sebab dpt tengok monumen, patung patung peninggalan org Vietnam.
lepas Jejak Warisan, aku dan group aku pergi buat aktiviti kayak pulak.last time aku kayak masa plkn dulu.tapi masa tu tak best langsung sbb dpt partner yg gabra. tapi kali ni aku dpt partner yg memang sama sama hebat dgn aku.memang best gila la.hehe..

lepas tu aktiviti sambung sebelah petang pulak. aktiviti yg paling aku lemah,snorkeling.aku tak suka dan takut air, so memang aku rasa gabra gila la nak menyelam. tapi nasib baik ada sorang fasi teman aku pergi menyelam. kalau tak kerana abang fasi tue, mungkin aku tak berpeluang nak tengok nemo yang comel comel. tq abang fasi.
dan aktiviti yang paling aku suka memancing. best sebab aku dapat pancing 2 ekor ikan. bila fasi bagitau masa dah tak ada, nak je request tambah 1 jam lagi sebab masih belum puas memancing. sekarang baru aku tau kenapa lelaki suka sangat memancing. puas bila dapat ikan.

pada mlm kebudayaan, aku dan group aku buat sketsa. tapi tak macam sketsa pun. haha.
sebelum balik ke UMT keesokan hari, kami bergotong royong bersihkan satu pulau..

*aktiviti macam ni hanya ada kat UMT. 

Friday, October 12, 2012

JOM JADI GENG BUI

Assalamualaikum.

klik header untuk maklumat lanjut.
tarikh tutup : 30 Oktober 2012 jam 11:59 malam

Saturday, October 6, 2012

SEGMEN LYSSA FAIZUREEN | Kenapa Aku Berblog ?

Assalamualaikum.

tekan banner kalau nak join


jom join. aku yakin pasti ramai yg join segmen Cik Lyssa ni. sebelum ni aku pernah join segmen Lyssa. Ini mungkin kali ke 3 kot aku join segmen Lyssa. okay. aku nak jawab soalan interview Lyssa ni.

1.kenapa korang berblog ?

2. Macam mana korang boleh terjebak dalam dunia blogging ?

Soalan 1 dan 2 ni seakan sama je. So, aku nak bagi jawapan sama lah. Actually aku mula start blogging kononnya sebab nak rawat hati yg tengah terluka. haha, kiranya awal awal entry aku semuanya pasal kekecewaan. Aku ni jenis susah sikit nak luahkan perasaan secara face to face. Aku lebih pandai untuk menterjemahkan perasaan aku melalui penulisan.


   3. Apa tujuan utama/asal korang berblog ? Dan apa yang 
menariknya tentang blog korang tu ?

 Aku berblog hanya untuk share pasal kehidupan aku. Dan aku happy dapat kenal rakan blogger yang baik baik. Dan aku rasa blog aku tak menarik pun. 

4.Selitkan sekali , siapa yang menjadi sumber inspirasi korang dalam dunia blogging . Lebih kurang macam idola la

Sumber inspirasi aku dalam dunia blog ni ramai. Contohnya Kak Fatin Liyana, Abang Ben, dan Kak Farah Lee.

okay, done..


Friday, October 5, 2012

Life As A Student

Assalamualaikum.
Hampir 2 minggu aku menjadi student UMT. Kehidupan sebagai seorang degree student memang jauh beza dengan diploma student. but Alhamdulillah aku berjaya menghabiskan sesi diploma aku. tunggu nak konvo je this november. *tak sabar nak jumpa kengkawan semua.

Sejak bergelar student kembali, jadual yg dulunya lengang kini pack kembali. kalau dulu boleh la nak tidur kembali selepas subuh. tapi kini lepas subuh terus buat preparation untuk next class. (*prepare la sngt, online je lebih). kelas paling awal start pukul 8. yg paling lewat habis, pukul 6.
tapi nasib baik bukan tiap tiap hari macam tue. kalau tak, mau pengsan aku. 

This sem, aku amek 8 subjek (Biologi dan Kepelbagaian Tumbuhan, Evolusi dan Biodiversiti, Kimia Organik, Kimia Tak Organik, Tamadun Islam, Hubungan Etnik, Public Speaking and Kokurikulum ) total semua 21 jam kredit. fuhh, memang stress bila tengok jam kredit lebih dari 20. dari banyak banyak subjek, aku paling tak suka subjek Kimia Organik dan Kimia Tak Organik. bila masuk kelas je, terus blurr. apa nak buat ni?? basic chemistry pun dah agak lupa. so, cara penyelesaiannya kena study dari basic. STRESS!!


masa diploma dulu, semua nota lecturer yang bagi. tapi degree student tak kan nak kena suap lagi. pandai pandai la cari sendiri kan. assignment tak usah cerita la. berlambak!! then bila masuk kelas je terus stress tengok student yang berderu derang (*ramai). 2 kos gabung sekali. tak pun 3 kos. hah, stress!! nak duduk pun tak ada tempat. last last duduk atas tangga jela. it's ok, pengorbanan diperlukan dalam usaha untuk menuntut ilmu.
wish me luck :))
"bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian"

~Cik Ija Akmal~
Sarjana Muda Sains (Sains Biologi)
Universiti Malaysia Terengganu

Monday, October 1, 2012

Happy Birthday Sister :))

Assalamualaikum.
dear sister, happy birhday :))

2 hari lepas, birthday adek aku yg 2nd, hari ni birhday adek aku yg 1st.
haish, ramai benor adeknya.

okay, kiranya sempena birthday dia ni, aku nak cerita la sikit pasal adek aku ni. actually adek aku ni bff aku. bff sampai mati. kita orang memang rapat sangat. bukan aku nak diskriminasikan adek adek aku yang lain, tapi memang itu hakikatnya. maybe sebab kita orang hanya beza setahun je. sebab tu mudah rapat kot. everything story and problems pasal aku mesti dia tau. sebelum tidur aku akan ceritakan all my problems to her. kiranya memang sengaja nak burden kan dia.hehe. she's conselor to be. she loves to talk. aku hanya boleh bagi 5 minit je untuk dia bercakap, lepas tu terus aku tutup telinga. berceramah bagai nak rak one of the her hobbies. sebelum ni aku selalu jealous dgn dia. yela, she's the bachelor human science student. aku ni setakat diploma je. tapi sekarang aku dah ada title student Sarjana Muda Sains Biologi. baru best nak bersaing dgn budak ni. hehe :)) Alhamdulillah 
happy birhday sis:))

Sunday, September 30, 2012

Segmen : Tangkap Follower Sebanyak Mungkin

Assalamualaikum.
Segmen daripada Nabila Medan.
just click the banner if u wanna join.
followers sekarang 956.

Segmen:Saya Follow Awak,Awak Follow Saya

Assalamualaikum.
Selamat malam semua. tengah stress study biologi. so cara nak hilangkan stress, kena menaip.
tengok update baru rakan rakan bloggers, terjumpa la segmen ni. dan aku pun amek keputusan nak join jugak. 


click banner if u wanna join.
followers sekarang : 953
tag : tuan fatin
      kak ieka
#keep smiling

Saturday, September 29, 2012

Hey Sis, Happy Birhday

Assalamualaikum
29/9/2012 - 18th anniversary my sister.
tudung meroh pe najwa latif.haha

Dear lovely sister, NurHanani Husin. 
happy birthday dik. Semoga diberkati Allah hendaknya. Di kesempatan ni aku nak minta maaf kat mung sekiranya gagal menjadi seorang kakak yang baik untuk mung. Aku marah mung sebelum ni sebab aku sayangkan mung. u are my sister, of course aku kena jaga mung. aku kena nasihat mung. aku telah diamanahkan untuk jaga kimah, mung and adik . good luck exam nanti. try to get DL this sem okay!! ingat, kami semua sentiasa menyokong mung.
love u always dik :))

Wednesday, September 26, 2012

The New Chapter

Assalamualaikum
Finally, Alhamdulillah. Aku telah menjadi student Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Sarjana Muda Sains (Sains Biologi). Alhamdulillah.

Actually aku tak pernah expect yang aku dapat further study. Bila UMT call je suruh aku masuk daftar, aku rasa macam mimpi. Serius tak percaya yang aku kini dah bergelar student UMT. Ramai coursemate aku masa di UniSZA dulu dapat further study kat UMT jugak. Ada Nabila, Ainin, Joy, Dilla. Berkampung di UMT. Kawan kawan aku masa sekolah dulu pun ramai yang belajar kat UMT.

Bila masuk UMT, baru rasa suasana alam universiti. Masa kat UniSZA tak rasa sangat alam universiti sebab tak duduk kat main campus. Setakat ni, aku tak ada pengalaman yang best best lagi kat UMT ni. Yela, baru masuk kan. Tapi bila masuk kelas je, terus rindu UniSZA dan coursemate Medical Lab. Aku rindu korang budak MLT.

Jadual kelas boleh dikatakan agak padat. Dari pagi sampai petang. Standard la kan student. Ada jugak subjek yang memang aku dah lupa. Kena study semula la lepas ni. Akhirnya rutin harian yang telah lama ditinggalkan akan mula diamalkan kembali. Bangun pagi, stay up sampai awal pagi untuk study. Wish me luck :))

*Aku masih sayangkan UniSZA. UniSZA dihatiku :))

Saturday, September 15, 2012

My King

Assalamualaikum
hari ni terasa nak tulis entry pasal ayah aje.aku tak ada kesayangan yang lain yang boleh aku jadikan special entry.kalau ada boleh jugak buat entry "my encik kesayangan" atau "my love".hehe.

dalam hidup aku,ada empat orang lelaki yang aku paling sayang.pertama,of course la ayah aku yang sangat sangat hensem,encik husin bin long. then my brothers,faisal dan hisham husin.dan jugak my little hero,dzarfan.

sepanjang hidup aku, aku sangat bersyukur kerana aku dikurniakan ayah yang sangat bertanggungjawab.beliau telah memberi pendidikan agama yang sewajarnya kepada aku.mengajar mengaji,mengajar cara cara solat dan banyak lagi.alhamdulillah aku telah mencapai impian aku untuk khatam al-quran dengan beliau.aku sangat bangga sebab ayah aku telah menjadi tok guru mengaji aku.beliau sentiasa berusaha untuk memenuhi kehendak kami adik beradik.walaupun dalam kesusahan beliau tidak pernah merungut.berkat kerja keras, beliau mampu untuk menanggung kami sekeluarga.Alhamdulillah.

"Someday i will find my prince but my "ayah" will always be my King"

my ayah with his two little cutie.
ayah, you will always be my king:))

Dear Allah,please protect all my loved ones.

Monday, September 10, 2012

Our Friendship Ring

Assalamualaikum.
tadi aku spend masa dgn bff aku, piqah dan najihah.dorang ni geng kamcing masa sekolah rendah dulu.kiranya dulu selalu je buat apa apa sesame.memang best kalau spend masa dgn dorang.dorang sempoi je.tak ada nak tersipu sipu malu.memang sempoi habis.actually we all tak planned awal awal pun nak spend masa sesame.tetibe je dapat mesej dari najihah.dia ajak keluar makan.so,apa lagi terus cari baju then terus iron.and after zuhur,baru siap siap.

Lepas jalan jalan,we all pergi Giant dan makan kat Chicken Rice Shop.dan yang paling bestnya najihah belanja aku dan piqah.(tq mek,mentang mentang scholarship dah masuk kan,hehe).lepas tu kami pergi cari something yang boleh digunakan as a symbol of our friendship.mula mula nak cari bracelet but then tak jadi.kami pilih cincin sebab cincin lagi sesuai. 

"our friendship ring"
may our ukhwah grow till jannah.

Friendship... is not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything. 

*selamat berangkat bffku,najihah ke egypt malam ni.
tetibe sayu pulak.next time kita hang out lagi.insyaAllah.

Maaf

Assalamualaikum.
Lately,i've got a critical and serious situation.aku tak pernah expect perkara yang selalu terjadi dalam drama akhirnya terjadi pada diri sendiri.seriously i never thought everything is my fault but when it comes to my people i love and care so much, i know i must back off.lebih baik mengalah untuk kebaikan.bila terjadi sesuatu perkara yang sebegini, barulah terasa nak menghargai segala masa masa yang ada.

sometimes,kita tak sedar apa yang kita cakap membuatkan orang terasa dgn kita.kita cakap main sedap mulut je.kita tak fikirkan perasaan orang sekeliling.kita fikirkan diri kita je.and one more thing,kadang kadang tak semua yang kita buat itu betul.

aku memang seorang yang agak "panas" tapi selagi aku boleh tahan,insyaAllah aku akan tahan.
sekarang semua problem dah settle.insyaAllah lepas nie perkara macam ni tak akan berlaku lagi.

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Friday, August 24, 2012

Eid Mubarak

Assalamualaikum

Slm Eid Mubarak. Seperti biasa, raya tahun ni sama je macam tahun tahun lepas cuma agak kecewa sebab  abang abang kesayangan tak balik.
So, tak dapat la duit raya tahun ni. hu3!!

Sekejap je. hari ni dah masuk hari raya ke-6. sebelum raya kemain lagi semangat beli barang barang raya.  Aku dan family aku hanya beraya di rumah sendiri. Semua saudara mara aku duduk area rumah aku je. so,senang la nak pergi beraya. 
Pokoknya,satu kampung tu semua saudara mara aku.

Menu wajib tiap tiap tahun mesti nasi kapit @ nasi himpit. Lepas tu mesti kena mkn nasi dagang  yang nenek aku buat.  Memang best gila nasi dagang nenek aku.

Okay,malas nak cerita banyak. Just nak share a few pictures.

half of my family :))


Saturday, July 28, 2012

Nikah Muda

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sudah seminggu kita semua berpuasa..rasa mcm kejap je..tup tup dah seminggu.semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari Ramadhan yang lalu.


Okay!!!sekarang semua duk kecoh pasal budak yang nikah muda nie.pengantin lelaki berumur 16 tahun dan pengantin perempuan baru je msk 14 tahun.


Ramai yang bagi komen..ada komen yg positif dan ada juga komen yg negatif..biasa la hidup bermasyarakat.apa yg kita buat selalu diperhatikan.kalau langsung tak nak kena kutuk,baik tinggal dlm gua je.confirm tak ada siapa pun nak kisah apa korang nak buat.
Antara komen komen:
Sgt2 sweet ^^ Tahniah buat adik Syafiq dan adik Yana. Just ignore ape yg org kate ttg korang. Semoga bahagia ke anak cucu. Amin :)
-       “just ignore apa yg org kate ttg korang”.bagi aku, tak boleh nak ignore je apa yang orang lain komen.kita kan hidup dlm masyarakat so secara automatiknya,kita mmg tak akan lari dari masyarakat.apa apa yg kita buat memang akan diperhatikan oleh orang sekeliling.bagi aku,terima apa yg mereka cakap dan buktikan pada pengkritik yang mereka salah.contohi pasangan Mira dan Muhsin .
-semoga dorang dapat hadapi dugaan alam berumah tangga nie..
*untungnya kalau mak ayah sponsor majlis kahwin.
*salute kat abg aku.still tak kahwin lagi sbb sedar dirinya masih ada tanggungjawab pada keluarga.
*kalau adik aku yang berumur 16 tahun ckp nak kawin mmg kena hentam la ko dik.

Saturday, June 23, 2012

Cerita Bola

assalamualaikum readers.
sekarang nie semua org cerita pasal bola.sbg seorang kaki bola,aku pun tak terkecuali.tiap tiap hari mesti gaduh dgn adik aku pasal bola.my sister,dia minat spain.aku pulak of course germany.dia kutuk germany,aku kutuk spain.aku kutuk cesc fabregas dia tue.hehe!!so,aku rasa EURO 2012 nie mesti germany yang menang.sebabnya team mereka ada player yang berkualiti.dan mereka punya skill lagi power dari spain.corak permainan spain semua org dah tahu.so,agak senang nak tewaskan spain.itu pendapat aku jela.nanti tak pasal pasal kena hentam dgn fans La Roja nie.

player terbaru germany.he scored against Greece.

*fans lampard,samir nasri and ozil.

Monday, May 14, 2012

Segmen : Up Follower & Tambah Kenalan

Assalamualaikum
hari nie terasa nak join segmen pulak.dah lama tak join benda benda “alah” nie.tapi hari nie terasa nak join pulak.kalau korang nak join jugak klik je banner kat bawah nie oke.

1st thing kena buat bila join segmen nie kena bagitahu satu dunia blogging nie asal dari mana.seperti tertulis kat tepi sidebar tue,saya nie asalnya anak jati Terengganu.sejak kecik lagi menetap kat Terengganu.belajar pun kat ganu jugak.tak ada rezeki lagi nak keluar dari negeri tercinta nie.
then rakan rakan alam maya saya adalah dalam 790 orang.nie sebab malas nak BW,rasa nak deactivate je account nie.
itu je.simple rite??tq

Malaysia Juara Junior Asia Cup 2012

Assalamualaikum
malam nie malam yg paling “haru” sekali.well done Malaysia.akhirnya menang jugak Junior  Asia Cup nie.congrats semua players especially cousin yg terbaek.well done paih.u deserve  to be man of the match.serius aku cakap dia boleh ganti skuad senior suatu hari nanti.memang match yg paling best + terbaek dari players Malaysia.
man of the match

semangat adek aku tweet pasal match hoki padahal dia tak tengok pun

Saturday, May 12, 2012

Kehidupan Seorang Penganggur

assalamualaikum
hampir lebih sebulan aku tak update blog.hari nie aku nak kongsi apa yang berlaku dalam kehidupan seharian aku.aku nak lepaskan gian blogging nie.he3!!!


hampir 2 bulan aku ditauliahkan menjadi seorang penganggur yang berdedikasi.kerja aku siang malam pagi petang hanyalah makan,tidur,online,tengok tv.kalau alarm aku tak bunyi pukul 12 pm,jangan harap aku bangun.ha3!!dah puas kena bebel tapi tak serik serik jugak.siang bangun pukul 12,lepas tue mula la cari makan. ”nasib baek kau tak kahwin lagi cik ja oi.kalau tak mampus kena dikerjakan suami”.selagi tak pukul 2 am ke atas jangan harap mata aku nak lelap.yela,takkan lah nak tidur awal pulak.dah bangun tengah hari mesti la kena tidur 2 am ke atas.


kalau ada kelas belajar kereta,aku mesti kena bangun sebelum 6.30.pukul 7.15 dah kena gerak pergi BITARA.bila kawan kawan aku dapat tau yang aku ambil lesen kereta terus dorang mesej aku tanya sampai ke tak bawak kereta.cis,korang tak tau lagi aku nie bakal drifter.kalau aku tak masuk UniSZA,dah lama aku jadi drifter, tau tak.he3!!! apa apa pun rindu korang sangat sangat.



kadang kadang terasa rindu geng geng UniSZA.

btw,dah alang alang aku tulis entry nie,aku nak promote sikit pasal sukan kat Malaysia nie.jom sama sama kita bagi sokongan pada anak anak muda players hoki skuad projek 2013 yang akan menentang Pakistan pada final junior asia cup hari ahad nie.kalau tak silap aku pukul 8 pm kat stadium MBMB, bukit serindit,Melaka.jom sokong skuad hoki negara kita.live kat saluran 801. *goodluck paih,goalkeeper Malaysia.kami semua menyokong kamu.

Thursday, March 22, 2012

KISAH KITA

Assalamualaikum

3 tahun bkn jaminan utk mengenali kamu semua dgn lebih mendalam,
tetapi aku bersyukur dikurniakan sahabat spt kamu semua.

Special entry utk BFF dan semua coursemate,

Kisah kita bermula pd tahun 2009.Kita bertemu dan saling mencipta kenangan.Kenangan yang manis dan semestinya juga kenangan yg pahit.Kenangan yg paling manis bg aku sewaktu minggu orientasi.Memang sangat sangat seronok.Ketika itu antara kita semua tiada perasaan lain kecuali perasaan berkobar kobar untuk menjalinkan persahabatan dgn sahabat baru.

Aku berterima kasih kepada kalian kerana sudi membina ikatan persahabatan dengan diriku.Ikatan persahabatan yg suci.Banyak memori dan kenangan yg kita cipta bersama.Kenangan yg paling latest trip kita ke KL. Memang 3 tahun bukan jaminan untuk kita mengenali antara satu sama lain dgn lebih mendalam tetapi 3 tahun itu sudah cukup untuk kita kenal sifat dan sikap  antara kita semua.Sudah cukup untuk kita menilai nilai persahabatan kita.
credits to sir anuar:)

Maaf sekiranya pernah membuatkan kalian terasa dengan diriku.

 "Jika dirasakan nilam itu indah,indah lagi ukhuwah kita"
Semoga ukhuwah kita tidah berhenti di sini.      


Terima kasih juga diucapkan kepada semua lecturers Unisza,staf Unisza,staff PPUKM,staf HSNZ.        

Nor Akmaliza Husin.


Sunday, February 12, 2012

Tasha Manshahar & Syed Shamim

ASSALAMUALAIKUM
Tasha Manshahar??Syed Shamim??korang kenal tak??ala,bakal newcomers tue.yang cover lagu Mr.Saxobeat.actually memang dari dulu lagi aku tengok kat home aku penuh dengan orang share video Tasha nie.aku malas la nak click tengok video tue.aku nie jenis malas sikit nak click click semua tue.tp terdetik hati aku nak tengok video dorang td.itu pun selepas aku terclick dan baca entry dari Eddy Syrol nie.sape suruh dia post entry dia sampai keluar kat home aku.anyway credits to you,Eddy.


 Tasha Manshahar
Syed Shamim
all the pictures credits to Clora Studio

Jom layan video dorang nie.santai ok.
suara Tasha best.kalah Najwa Latiff.he3!!
layan video dorang sambil siapkan tesis. seminggu lagi nak kena submit.

Bila Aku Jatuh Cinta

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.


I’m turning 21 this years and yeah i’m still young to think bout nikah.ha3!!jgn salah anggap.Entry ini tiada kaitan dengan diri aku sekarang.This entry may be 100% terjadi 4 tahun lagi.Siapa tahu kan.

Bismillah,
Bila aku bakal menjadi seorang isteri aku akan menjadi isteri kepada lelaki yang soleh dan bukannya lelaki yang mempunyai paras rupa yang ensem sahaja.Mengapa?

 credits to encik google.


Sebab jikalau aku  menjadi isteri kepada lelaki yang super ensem aku yang akan merana. Merana kerana wanita wanita di luar sana akan mencuri memandangnya.Tambahan pula ensem saja tak cukup untuk dijadikan lelaki yang special yang bertakhta di hati.Jikalau kaum ADAM inginkan perempuan yang solehah untuk dijadikan isteri begitu juga dengan kaum HAWA.Kami memerlukan lelaki yang soleh untuk menjadi imam kepada bakal keluarga kami.

Bila aku bakal menjadi seorang isteri aku akan menjadi isteri kepada lelaki yang menyayangi ibunya lebih daripada segala galanya.Mengapa??

Kerna aku juga inginkan suatu hari nanti bakal anak lelaki ku menyayangi diriku lebih dari semua orang.Sesungguhnya kasih ibu membawa ke SYURGA.

Bila aku bakal menjadi isteri aku akan menjadi isteri kepada lelaki yang boleh membuatkan aku ketawa.Mengapa??

Aku seorang yang sukar untuk ketawa.Mungkin orang seperti Zizan Raja Lawak cukup sesuai untuk membuatkan aku ketawa tiap tiap hari.

Bila aku bakal menjadi seorang isteri aku akan menjadi isteri kepada lelaki yang selalu prihatin terhadap adik perempuannya.Mengapa??

Kerna aku ingin dia menjadi contoh kepada bakal anak lelaki ku agar sentiasa prihatin terhadap bakal adik perempuannya.Sesungguhnya abang lah yang bakal menjadi tempat untuk adik perempuannya bergantung sekiranya sesuatu terjadi.



Terima kasih kerana membaca entry aku
Klik like jika sukakan blog aku


“isteri solehah adalah cahaya kepada keluarga”

Friday, February 10, 2012

Tinggalkan UniSZA.

salam readers.lama tak blogging.malas nak update apa apa.two more weeks to go.yeah,finally aku akan tinggalkan UniSZA dua minggu lagi.

HAPPY???yup sebab lepas nie aku dapat buat apa yang aku nak tanpa terikat dengan apa apa lagi.
SEDIH???100% sedih sebab perpisahan.berpisah dengan semua orang yang aku sayang dan kenal.100% happy dan 100% sedih.
so,dua minggu nie yang tinggal nie aku memang terlampau busy.siapkan tesis,siapkan slide presentation and complete all the assignments.wish me luck guys:-D

Masa jamuan perpisahan semalam.credits to joy.