Thursday, December 6, 2012

Konvokesyen UniSZA

Assalamualaikum.

Finally, Alhamdulillah i'm graduated. Officially graduated from Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
3 tahun belajar dan mencipta kenangan bersama sama, akhirnya dapat jugak aku berkonvo dengan rakan rakan coursemate.In sha Allah 3 tahun lagi akan grad lagi sekali. Kali ini di Universiti Malaysia Terengganu. Doakan aku dan rakan rakan okay :))


before masuk dewan


post convo

Kepada semua bff aku :
thanks sebab sudi luangkan masa bersama sama walaupun waktu terlalu singkat. Alhamdulillah kita mampu mencipta kenangan yang indah dalam masa 3 hari.hehe.Terlalu banyak kenangan yang kita cipta dalam masa yang singkat. Bergelak ketawa di kedai makan, bawak ATV kat pantai Batu Buruk, dan part yang paling kelakar minyak kereta habis dan kita kena saman sebab lupa nak masukkan syiling masa parking.haha.
Walaupun persahabatan kita pernah diuji dengan dugaan, Alhamdulillah kita masih mampu mempertahankan persahabatan kita. In Sha Allah ada masa dan  dipanjangkan umur, kita akan berjumpa lagi suatu hari nanti. love u all ♥♥


pre convo
Pantai Batu Buruk

thanks for spending our time together .
yeah,i'm graduated :))


*tulis entry nie sambil dengar lagu kenangan terindah :(

Tuesday, October 23, 2012

Survival Laut UMT

Assalamualaikum
*peringatan : cerita ini mungkin agak basi, tapi kalau nak tahu jugak, sila scroll bawah.
sumber : dari blogger umt
okay, nampak tak gambar kat atas.actually aku nak cerita pasal aktiviti survival laut yang aku join last week.kalau korang budak UMT,mesti korang tau apa itu survival laut.
aktiviti survival laut ni wajib ke atas semua student umt yang baru masuk.tak silap program ni dah berjalan since 2002 kot.
friends, dari kiri : aku, ainin, nabila, kak imah, zati, kak zatul, kak fad, kak tiha. abaikan muka aku yg mcm mak cik bila berspecky.

aku dan kawan kawan aku terpilih sebagai last group yg join program ni.mula mula sampai je pulau bidong terus kami dgr taklimat sikit sikit. lepas tu aktiviti terus start. aktiviti 1st water confident. serius aku memang takut air tapi aku bajet cool jela.padahal dlm hati memang meraung raung tak nak buat. bayangkan aku masuk je laut terus aku rasa tenggelam tak timbul timbul.3 kali aku tukar life jacket.life jacket yg aku pilih semuanya tak okay.huhu.lepas tu kena terjun pulak dari bot ke dalam laut. serius, itu yg pertama dan terakhir aku buat.aku tak nak buat lg lepas ni.

next activity Jejak Warisan. memang penat nak mendaki bukit yang agak curam tp best sebab dpt tengok monumen, patung patung peninggalan org Vietnam.
lepas Jejak Warisan, aku dan group aku pergi buat aktiviti kayak pulak.last time aku kayak masa plkn dulu.tapi masa tu tak best langsung sbb dpt partner yg gabra. tapi kali ni aku dpt partner yg memang sama sama hebat dgn aku.memang best gila la.hehe..

lepas tu aktiviti sambung sebelah petang pulak. aktiviti yg paling aku lemah,snorkeling.aku tak suka dan takut air, so memang aku rasa gabra gila la nak menyelam. tapi nasib baik ada sorang fasi teman aku pergi menyelam. kalau tak kerana abang fasi tue, mungkin aku tak berpeluang nak tengok nemo yang comel comel. tq abang fasi.
dan aktiviti yang paling aku suka memancing. best sebab aku dapat pancing 2 ekor ikan. bila fasi bagitau masa dah tak ada, nak je request tambah 1 jam lagi sebab masih belum puas memancing. sekarang baru aku tau kenapa lelaki suka sangat memancing. puas bila dapat ikan.

pada mlm kebudayaan, aku dan group aku buat sketsa. tapi tak macam sketsa pun. haha.
sebelum balik ke UMT keesokan hari, kami bergotong royong bersihkan satu pulau..

*aktiviti macam ni hanya ada kat UMT. 

Friday, October 12, 2012

JOM JADI GENG BUI

Assalamualaikum.

klik header untuk maklumat lanjut.
tarikh tutup : 30 Oktober 2012 jam 11:59 malam