Friday, November 8, 2013

Kenyir Lake - Soak Waterfall

Hello.. Assalamualaikum.
Bersua kembali ye. Kali nie aku nak kongsi sikit pasal trip aku dan kengkawan  ke Tasik Kenyir.  Aku nak review sikit pasal aktiviti kami nie. Kiranya trip nie nak isi masa cuti Deepavali baru nie.  Happy Deepavali to all my Indian friends. Sempat lagi kau nak wish ye Cik Jah.

Kami decide pergi hari Sabtu. So, malam Ahad dapat le balik umah. Rumah I kan dekat uollls, boleh la I balik sesuka hati I je. Around 6am hari Sabtu aku bangun terus siap siap. Yela, excited kemain nak pergi picnic. Kalau nak pergi kelas, tak ada maknanya bangun seawal itu. Lepas siap siap packing makanan, terus bertolak around 8 mcm tue.

Disebabkan perjalanan yang tak menentu kami sampai Tasik Kenyir around 1pm. Terus pergi kaunter tanya and survey tempat tempat yang menarik. Then we all decide nak pergi Soak Waterfall. Soak Waterfall paling dekat and tambang bot pun paling murah. Lagi jauh lagi mahal. Kami naik bot 7 orang RM 150 pergi balik. Mula mula bodek la jugak driver bot nak minta kurangkan. Dah senyum manis paling menawan pun dia tetap nak RM 150. Dah excited nak pergi sangat, bayar ajelah.




Sampai je Soak Waterfall terus cari port yang menarik. Dan bermulalah penggembaraan kami. Semua makanan kami bawa sendiri. Si Rusna bawa mee goreng, si Hanan bawa keropok and ayam. Geng geng asrama and rumah sewa buat air and sandwich. Hajat nak bawa pizza pergi Kenyir sekali tak kesampaian. Sampai sana just nak cari tempat utk bakar ayam je. Then terus makan kat situ.


Kami duduk melepak kat Saok Waterfall tue ada la dalam 2 jam lebih before driver bot datang ambil. Bagi aku trip nie memang best sebab pergi dengan kengkawan yang sempoi giler. And tempatnya bagi aku tak berapa menarik. Mungkin Soak Waterfall tue tak berapa menarik. Then next trip nak pergi mana pulak? 

xoxo, publish.

2 comments:

Unknown said...

Wah seronok jugak kan pergi trip dgn member..lepas ni pi la tmpt yg ade mcm menyelam ke..yg ade aktiviti and xbosan :D

Scha Aryana said...

Wahh bestnyaaa