Saturday, March 15, 2014

Tutu Collection

Hye there. Assalamualaikum. Since dah lama xupdate, rasa macam kekeringan idea pulak nak share apa apa. Then my friend ask me to update her new collection. So, update jugalah walaupun dah agak lambat. 
 New collection of Tutu Dress. Best price and it’s great.
Nie antara koleksinya. 


saiz: 6,10,12

Price: Rm42.00 tak termasuk pos
1yr-2yr



  Back view. 



Saiz: 7,9


Price: Rm48.00 tak termasuk pos

8m-12m



Saiz: M,L

Price: Rm48.00 tak termasuk pos


8m-14m



saiz: 5,9,11


Price: Rm48.00 tak termasuk pos

8m-14m



Saiz: S,M


Price : Rm48.00 tak termasuk pos

8m-1yr



saiz: 4,6


Price : Rm38.00 tak termasuk pos

3m-6m


So, grab one for your cute princess. 
Any more information, please like this Maddu Kids.

Thursday, December 26, 2013

Anak buah baru

Assalamualaikum.
Alhamdulillah kakak aku selamat lahirkan baby lelaki. 
18/12/13 ---------------> New baby boy :-)
Semoga jadi anak yang soleh, sayang 

Monday, November 11, 2013

Z.I.T.A's Collections



Assalamualaikum semua.
Lately nie, aku asyik usha je blouse, jubah yang cantik cantik.
Z.I.T.A Collection pun ada koleksi jubah yang cantik dan menarik. 
Lets check it out.


Joint Color Chiffon Jubah With Belt - RM 62


 Quality Joint Color Chiffon Jubah - RM 65

Cape Jubah With Belt  - RM 68


Printed Chiffon Blouse With Belt - RM 58


Vintage Paisley Jubah With Belt - RM 66

Selain dari jubah dan blouse, Z.I.T.A Collection juga ada sediakan tudung. Tudung yang nie special sikit.

Stethoscope Hijab
Jilbab Meatus Shoba - RM 45
Yg menariknya tudung nie ada lubang unik di area telinga utk mudahkan akses stetoskop and earphone. Kiranya design nie sesuai utk golongan doktor. yg suka dengar mp3 pun ok jugak. 

Dan tidak ketinggalan Z.I.T.A Collection juga ada sediakan pilihan laptop bag yang menarik dan sesuai untuk kita semua.



Thank you for reading this entry.











Saturday, November 9, 2013

Playboy Itu Suami Aku

Assalamualaikum
Tamat sudah drama Love You Mr. Arrogant (LYMA).  Cant wait for next drama, Playboy Itu Suami Aku (PISA). Juga adaptasi dari novel . Karya Kak Suri Ryana.

 Ni lah novel PISA. Gigih aku nak dptkan autograph Kak Suri. Punya la inbox dia minta dia kirimkan novel yang ada sign dia. But at last adik aku pergi jumpa dia sendiri kat Pameran Buku. 

Actually aku bukanlah peminat drama Melayu. Aku lebih suka dengan cerita cerita omputih. Merlin, Supernatural, Rookie Blue, Vampire Diaries. Tapi disebabkan aku ni pembaca novel tegar, aku nak tahu mcm mana novel yang aku minat boleh jadi cerita yang menarik di layar tv. Sekarang semua drama adaptasi dari novel. Yang terbaru next week, PISA akan ditayangkan. Sebelum novel PISA keluar lagi, aku dah follow ceritanya. Dan penulis novel PISA tue memang antara idola aku dalam dunia penulisan. Aku memang minat karya Kak Suri Ryana since novel Maid lagi. Mesti lagi syok kalau novel Isteri Separuh Masa didramakan. Jalan ceritanya lagi best. 

 Jom tengok !!!
New hero - Fattah Amin sbg King Adrian.
  Till then, k bai. 

Friday, November 8, 2013

Kenyir Lake - Soak Waterfall

Hello.. Assalamualaikum.
Bersua kembali ye. Kali nie aku nak kongsi sikit pasal trip aku dan kengkawan  ke Tasik Kenyir.  Aku nak review sikit pasal aktiviti kami nie. Kiranya trip nie nak isi masa cuti Deepavali baru nie.  Happy Deepavali to all my Indian friends. Sempat lagi kau nak wish ye Cik Jah.

Kami decide pergi hari Sabtu. So, malam Ahad dapat le balik umah. Rumah I kan dekat uollls, boleh la I balik sesuka hati I je. Around 6am hari Sabtu aku bangun terus siap siap. Yela, excited kemain nak pergi picnic. Kalau nak pergi kelas, tak ada maknanya bangun seawal itu. Lepas siap siap packing makanan, terus bertolak around 8 mcm tue.

Disebabkan perjalanan yang tak menentu kami sampai Tasik Kenyir around 1pm. Terus pergi kaunter tanya and survey tempat tempat yang menarik. Then we all decide nak pergi Soak Waterfall. Soak Waterfall paling dekat and tambang bot pun paling murah. Lagi jauh lagi mahal. Kami naik bot 7 orang RM 150 pergi balik. Mula mula bodek la jugak driver bot nak minta kurangkan. Dah senyum manis paling menawan pun dia tetap nak RM 150. Dah excited nak pergi sangat, bayar ajelah.




Sampai je Soak Waterfall terus cari port yang menarik. Dan bermulalah penggembaraan kami. Semua makanan kami bawa sendiri. Si Rusna bawa mee goreng, si Hanan bawa keropok and ayam. Geng geng asrama and rumah sewa buat air and sandwich. Hajat nak bawa pizza pergi Kenyir sekali tak kesampaian. Sampai sana just nak cari tempat utk bakar ayam je. Then terus makan kat situ.


Kami duduk melepak kat Saok Waterfall tue ada la dalam 2 jam lebih before driver bot datang ambil. Bagi aku trip nie memang best sebab pergi dengan kengkawan yang sempoi giler. And tempatnya bagi aku tak berapa menarik. Mungkin Soak Waterfall tue tak berapa menarik. Then next trip nak pergi mana pulak? 

xoxo, publish.

Wednesday, October 2, 2013

Their Anniversary

Assalamualaikum.
Hello peeps. Even busy macam mana pun, i’m trying to update. Minggu nie memang sangat busy. Dengan lab report yang last minit buat, assignment berlambak tak siap lagi. But for me i’ve to update about this. Seminggu yang teramat busy nie, ramai yang rapat dengan aku menyambut anniversary kelahiran. So, for those yang birthday baru baru nie, Happy Birthday okay.

1. My sister, Hanani. Happy 19th birthday sweety. 29/9/2013. I love u sooo much. adik yg suka cari gaduh tp gaduh manja jela. 


2. My sister, Hakimah. Best ever sis, my bff. 1/10/2013. Kami berdua plan nak but majlis nikah sekali. Hehe. Happy 21st sis 

My sisters. Happy  birthday to both of you. Love you all damn much. My best ever sisters.

3. Birthday girl si gadis manis yang berdiri. 2/10/2013

And sorang lagi, my bff. ‘Ainin Sofia Khairul Azman. Happy birthday my friend. Love you forever.



xoxo, publish

Sunday, September 22, 2013

Memori Tercipta

Assalamualaikum.
" we dont remember days,we remember the moments"

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya









Birthday Kesayangan


Assalamualaikum.

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to you

Okay, nie dia birthday girl. Nur Qaira Umaira Mohd Fadhil. My sweet anak buah. Seorang yang manja, kuat merajuk, pandai. I love u soooo much Qaira. 




Dan yang nie sorang lagi birthday girl. My bff since zaman diploma lagi. Nurul Nabila. Happy birthday my bff.  May Allah bless you. Alhamdulillah kita masih lagi kekal sebagai sahabat sampai sekarang. Dari UniSZA kita ke UMT bersama sama. Banyak memori yang kita cipta bersama sama yang lain. Serius memori kita dulu sering buat aku rindu. Terasa nak kembali ke masa lalu.  Semoga persahabatan kita semua kekal selamanya.


 zaman diploma
 now. Masa Majlis Tautan Kasih BIOSIS UMT

 Our friendship. Rindu!!




Monday, September 9, 2013

New Sem New Style


Assalamualaikum  :-)

Attention !! End of sem break. 3 months off is more than enough. Sekarang aku dah kena bermula. Dear my classmates, be ready ok. Time to get back on track. Ceh, ayat bajet macam nak masuk lumba lari aje.

Seperti biasa, 3 bulan cuti rutin hariannya sama je macam bebudak lain. Makan, tidur, tengok movie, main game. Memasak, kemas rumah out of list. Haha.. Sumpah pemalas kau Cik Ija. Apa yg aku perasan kan, time cuti sem ramai aje member member aku nak nikah. Okay fine, guwa memang jealous, sumpah jealous. Tapi memandangkan aku yang agak busy, tak dapatlah aku attend majlis dorang. Yela, nak pergi majlis dorang ada event kat lain pulak. So, aku wish kat korang semua yang dah kahwin tue “Tahniah, selamat pengantin baru. Doakan utk aku pulak”.

Lepas tue bukak fb dorang tengok gambar kahwin, sumpah jealous aku dah meluap luap dah. Tetiba terfikir jugak kalau aku la yang kahwin waktu terdekat nie, adakah aku mampu nak tunaikan tanggungjawab aku?? Entah, aku rasa macam tak yakin sebab focus aku sekarang adalah belajar. In Sha Allah kalau ada jodoh tak kemana kan. Main main cinta tue ada la lagi tapi aku dah hadkan sikit sebab tak nak nanti kalau apa apa terjadi mulalah meroyan tak tentu pasal. Kita bercinta nie tak payahlah nak over sangat. Cinta sampai mati konon. Nanti kalau apa apa terjadi mau tak nangis 24 jam. Makan tak kenyang mandi tak basah semua tue.  Okay tue je aku nak membebel. K bai :-)


p/s: bila nak lamar saya nie??

Friday, June 21, 2013

Sem Break


Assalamualaikum. New entry setelah hampir 3 bulan aku biarkan blog pinkish nie berhabuk. Traffic pun dah kurang disebabkan kemalasan untuk blogwalking begitu menebal dalam diri aku. Kemain kau ayat macam lepas exam BM je. Tetapi kali nie,  aku cuba untuk menyiapkan entry baru. Enjoice!!

Alhamdulillah secara rasminya end of semester 2. I'm going to enjoy my sem break :-) Setelah berpenat lelah 3 minggu nie just untuk exam, finally we did it. In Sha Allah lagi 3 bulan aku akan bergelar senior kembali. Kemain excited kau jah, macam tak pernah jadi senior je.

Sepanjang semester 2 nie, banyak perkara yang berlaku. Suka dan tidak ketinggalan duka. Jika ada suka mesti ada duka kan. Hidup ini seimbang.  Mesti ada suka dan duka dalam proses untuk mencipta memori. Dan dukanya biarlah aku pendam seorang. Tidak best kan kalau bercerita pasal duka.



So, to all my coursemates enjoy your holidays. Get ready untuk next sem. Next sem lagi mencabar untuk kita semua. Chill la guys. Tq guys for such a great moments :-) 

Currently addicted with Kurt Schneider. He's ohsem. He's not just a musician, he graduated with a degree in mathematics. He produces great+awesome music videos. Plus he's handsome too :-)

*I'm just living with my own style. And sometimes i dont think i'm an iron lady yg keras hati.