Monday, May 14, 2012

Malaysia Juara Junior Asia Cup 2012

Assalamualaikum
malam nie malam yg paling “haru” sekali.well done Malaysia.akhirnya menang jugak Junior  Asia Cup nie.congrats semua players especially cousin yg terbaek.well done paih.u deserve  to be man of the match.serius aku cakap dia boleh ganti skuad senior suatu hari nanti.memang match yg paling best + terbaek dari players Malaysia.
man of the match

semangat adek aku tweet pasal match hoki padahal dia tak tengok pun

Saturday, May 12, 2012

Kehidupan Seorang Penganggur

assalamualaikum
hampir lebih sebulan aku tak update blog.hari nie aku nak kongsi apa yang berlaku dalam kehidupan seharian aku.aku nak lepaskan gian blogging nie.he3!!!


hampir 2 bulan aku ditauliahkan menjadi seorang penganggur yang berdedikasi.kerja aku siang malam pagi petang hanyalah makan,tidur,online,tengok tv.kalau alarm aku tak bunyi pukul 12 pm,jangan harap aku bangun.ha3!!dah puas kena bebel tapi tak serik serik jugak.siang bangun pukul 12,lepas tue mula la cari makan. ”nasib baek kau tak kahwin lagi cik ja oi.kalau tak mampus kena dikerjakan suami”.selagi tak pukul 2 am ke atas jangan harap mata aku nak lelap.yela,takkan lah nak tidur awal pulak.dah bangun tengah hari mesti la kena tidur 2 am ke atas.


kalau ada kelas belajar kereta,aku mesti kena bangun sebelum 6.30.pukul 7.15 dah kena gerak pergi BITARA.bila kawan kawan aku dapat tau yang aku ambil lesen kereta terus dorang mesej aku tanya sampai ke tak bawak kereta.cis,korang tak tau lagi aku nie bakal drifter.kalau aku tak masuk UniSZA,dah lama aku jadi drifter, tau tak.he3!!! apa apa pun rindu korang sangat sangat.



kadang kadang terasa rindu geng geng UniSZA.

btw,dah alang alang aku tulis entry nie,aku nak promote sikit pasal sukan kat Malaysia nie.jom sama sama kita bagi sokongan pada anak anak muda players hoki skuad projek 2013 yang akan menentang Pakistan pada final junior asia cup hari ahad nie.kalau tak silap aku pukul 8 pm kat stadium MBMB, bukit serindit,Melaka.jom sokong skuad hoki negara kita.live kat saluran 801. *goodluck paih,goalkeeper Malaysia.kami semua menyokong kamu.

Thursday, March 22, 2012

KISAH KITA

Assalamualaikum

3 tahun bkn jaminan utk mengenali kamu semua dgn lebih mendalam,
tetapi aku bersyukur dikurniakan sahabat spt kamu semua.

Special entry utk BFF dan semua coursemate,

Kisah kita bermula pd tahun 2009.Kita bertemu dan saling mencipta kenangan.Kenangan yang manis dan semestinya juga kenangan yg pahit.Kenangan yg paling manis bg aku sewaktu minggu orientasi.Memang sangat sangat seronok.Ketika itu antara kita semua tiada perasaan lain kecuali perasaan berkobar kobar untuk menjalinkan persahabatan dgn sahabat baru.

Aku berterima kasih kepada kalian kerana sudi membina ikatan persahabatan dengan diriku.Ikatan persahabatan yg suci.Banyak memori dan kenangan yg kita cipta bersama.Kenangan yg paling latest trip kita ke KL. Memang 3 tahun bukan jaminan untuk kita mengenali antara satu sama lain dgn lebih mendalam tetapi 3 tahun itu sudah cukup untuk kita kenal sifat dan sikap  antara kita semua.Sudah cukup untuk kita menilai nilai persahabatan kita.
credits to sir anuar:)

Maaf sekiranya pernah membuatkan kalian terasa dengan diriku.

 "Jika dirasakan nilam itu indah,indah lagi ukhuwah kita"
Semoga ukhuwah kita tidah berhenti di sini.      


Terima kasih juga diucapkan kepada semua lecturers Unisza,staf Unisza,staff PPUKM,staf HSNZ.        

Nor Akmaliza Husin.