Thursday, March 22, 2012

KISAH KITA

Assalamualaikum

3 tahun bkn jaminan utk mengenali kamu semua dgn lebih mendalam,
tetapi aku bersyukur dikurniakan sahabat spt kamu semua.

Special entry utk BFF dan semua coursemate,

Kisah kita bermula pd tahun 2009.Kita bertemu dan saling mencipta kenangan.Kenangan yang manis dan semestinya juga kenangan yg pahit.Kenangan yg paling manis bg aku sewaktu minggu orientasi.Memang sangat sangat seronok.Ketika itu antara kita semua tiada perasaan lain kecuali perasaan berkobar kobar untuk menjalinkan persahabatan dgn sahabat baru.

Aku berterima kasih kepada kalian kerana sudi membina ikatan persahabatan dengan diriku.Ikatan persahabatan yg suci.Banyak memori dan kenangan yg kita cipta bersama.Kenangan yg paling latest trip kita ke KL. Memang 3 tahun bukan jaminan untuk kita mengenali antara satu sama lain dgn lebih mendalam tetapi 3 tahun itu sudah cukup untuk kita kenal sifat dan sikap  antara kita semua.Sudah cukup untuk kita menilai nilai persahabatan kita.
credits to sir anuar:)

Maaf sekiranya pernah membuatkan kalian terasa dengan diriku.

 "Jika dirasakan nilam itu indah,indah lagi ukhuwah kita"
Semoga ukhuwah kita tidah berhenti di sini.      


Terima kasih juga diucapkan kepada semua lecturers Unisza,staf Unisza,staff PPUKM,staf HSNZ.        

Nor Akmaliza Husin.


Sunday, February 12, 2012

Tasha Manshahar & Syed Shamim

ASSALAMUALAIKUM
Tasha Manshahar??Syed Shamim??korang kenal tak??ala,bakal newcomers tue.yang cover lagu Mr.Saxobeat.actually memang dari dulu lagi aku tengok kat home aku penuh dengan orang share video Tasha nie.aku malas la nak click tengok video tue.aku nie jenis malas sikit nak click click semua tue.tp terdetik hati aku nak tengok video dorang td.itu pun selepas aku terclick dan baca entry dari Eddy Syrol nie.sape suruh dia post entry dia sampai keluar kat home aku.anyway credits to you,Eddy.


 Tasha Manshahar
Syed Shamim
all the pictures credits to Clora Studio

Jom layan video dorang nie.santai ok.
suara Tasha best.kalah Najwa Latiff.he3!!
layan video dorang sambil siapkan tesis. seminggu lagi nak kena submit.

Bila Aku Jatuh Cinta

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.


I’m turning 21 this years and yeah i’m still young to think bout nikah.ha3!!jgn salah anggap.Entry ini tiada kaitan dengan diri aku sekarang.This entry may be 100% terjadi 4 tahun lagi.Siapa tahu kan.

Bismillah,
Bila aku bakal menjadi seorang isteri aku akan menjadi isteri kepada lelaki yang soleh dan bukannya lelaki yang mempunyai paras rupa yang ensem sahaja.Mengapa?

 credits to encik google.


Sebab jikalau aku  menjadi isteri kepada lelaki yang super ensem aku yang akan merana. Merana kerana wanita wanita di luar sana akan mencuri memandangnya.Tambahan pula ensem saja tak cukup untuk dijadikan lelaki yang special yang bertakhta di hati.Jikalau kaum ADAM inginkan perempuan yang solehah untuk dijadikan isteri begitu juga dengan kaum HAWA.Kami memerlukan lelaki yang soleh untuk menjadi imam kepada bakal keluarga kami.

Bila aku bakal menjadi seorang isteri aku akan menjadi isteri kepada lelaki yang menyayangi ibunya lebih daripada segala galanya.Mengapa??

Kerna aku juga inginkan suatu hari nanti bakal anak lelaki ku menyayangi diriku lebih dari semua orang.Sesungguhnya kasih ibu membawa ke SYURGA.

Bila aku bakal menjadi isteri aku akan menjadi isteri kepada lelaki yang boleh membuatkan aku ketawa.Mengapa??

Aku seorang yang sukar untuk ketawa.Mungkin orang seperti Zizan Raja Lawak cukup sesuai untuk membuatkan aku ketawa tiap tiap hari.

Bila aku bakal menjadi seorang isteri aku akan menjadi isteri kepada lelaki yang selalu prihatin terhadap adik perempuannya.Mengapa??

Kerna aku ingin dia menjadi contoh kepada bakal anak lelaki ku agar sentiasa prihatin terhadap bakal adik perempuannya.Sesungguhnya abang lah yang bakal menjadi tempat untuk adik perempuannya bergantung sekiranya sesuatu terjadi.



Terima kasih kerana membaca entry aku
Klik like jika sukakan blog aku


“isteri solehah adalah cahaya kepada keluarga”