Saturday, March 2, 2013

Selamat Hari Lahir Ayah

Assalamualaikum. Lama tidak ketemu kan. Sejujurnya aku tidaklah terlalu busy cuma agak malas untuk menulis. Kekeringan idea mungkin.Okay, agak skema ye cara penulisan aku. Haha.
Demi entry ini,aku sedaya upaya ketepikan kemalasan aku. Sebab entry ini amat bermakna bagi aku. Sempena ulang tahun kelahiran ayah aku yg ke-66 aku berusaha untuk menulis sesuatu. Antara sebab aku blogging adalah aku ingin abadikan tentang kehidupan aku dan org sekeliling aku. Senang untuk tatapan anak cucu aku nanti.
Masihkah korang ingat lagu ini??

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
Ibu kuingat dahulu 
Menyisir rambut ku kemas selalu
 
Ayah menghantar ke sekolah
 
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini 
Untuk kau sandarkan buat pedoman
 
Jangan manis terus ditelan
 
Pahit terus dibuang... itu bidalan
 
Harus kau renungkan
Andai kau peroleh bahagia 
Ingat itu bukan
 
Untuk selamanya
 
Andai kau dalam sengsara
 
Ingat itu bukan
 
Untuk selamanya
 
Hidup ini sementara (ulang 2x)

-Aris Ariwatan-1234-
Lagu nie sering buat aku menangis. Ingat lagi aku masa form 5, setiap kali pergi sekolah pagi pagi mesti tunggu lagu nie berkumandang kat radio Terengganu FM. Bila dengar je lagu nie terus rasa sebak. Terlalu banyak pengorbanan ibu bapa kita.
Semalam,ulang tahun kelahiran ayah aku, yg ke-66. Yup,ayah aku sudah berumur 66 tahun. Ayah aku walaupun sudah berumur tetapi tetap gagah. Gagah perkasa. Haha. Tetibe semalam terbit di hati nak blk rumah. Nak slm dgn ayah dan renung muka ayah yg saban tahun semakin tua. Aku suka menulis perihal keluarga aku dlm blog sebab aku nak anak cucu aku tahu pasal keluarga mereka. Mungkin aku tak sempat bercerita pasal keluarga aku pada anak cucu aku nanti dan blog aku la medan untuk mereka ketahui sejarah keluarga mereka.
Berbalik pada perihal ayah aku. Alhamdulillah dlm usia yg boleh dikatakan agak tua, ayah aku masih sihat. Tanpa sebarang penyakit. Alhamdulillah.

Ayah,
Terima kasih kerana berusaha mendidik kami, membesarkan kami 10 beradik (termasuk arwah Kak Ti dan Kak Lah), memberi kami didikan agama.  Terima kasih tak terhingga kerana melayan kami dengan penuh sabar. Membesarkan 10 anak (8 perempuan,2 lelaki) memang tugas yang mencabar.
Maafkanku ayah sekiranya pernah buat ayah terguris hati. Memang diakui aku seorang anak yg agak kuat memberontak. Dan aku pernah melakukan kesilapan tetapi berkat nasihat ayah, aku berusaha untuk menebus kesilapan aku. Ayah menjadi org tengah antara kami adik beradik yang pernah ada krisis. Biasa la setiap adik beradik ada salah faham yang terjadi.
Dan mulai saat itu, demi ayah yang aku syg, aku berusaha untuk
mengikis sikap memberontak yg ada pada aku.

Aku suka melihat kemesraan yang terjalin antara ayah aku dan anak anak saudaranya. Sangat mesra hinggakan terbit rasa cemburu di hati aku. Siapa sebenarnya anak ayah nie?? Haha
Mungkin boleh dikatakan aku agak rapat dgn ayah aku. Aku sering kali menjadi org tengah antara adik adik dan ayah. Aku suka berckp dgn ayah aku perihal kehidupan aku di universiti. Hinggakan aku rasa ayah aku dah jemu kot dgn cerita aku. Haha.
Demi ayah yg aku syg, aku akan berusaha untuk menggembirakan ayah.

Someday I will find my prince , but my Ayah will always be my King.
I love u Ayah :-)
King with his Queen, Princess and two little princess.
Half of my family.
Ayah with his two little cucu.

sebak bila mesej ayah wish birthday.

Going to update soon, Abyan's wedding.
xoxo


4 comments:

Nurul Aini said...

Selamat Hari Lahir..Semoga ayah awak di panjangkan umur, dimurahkan rezeki, di berikan kesihatan yang baik, di berkati dan di rahmati di dunia mahupun di akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.

Cik Ija Akmal said...

@Nurul Aini
syukran ats ucapan itu :-)
semoga kita semua diberkati Allah. InsyaAllah

Anonymous said...

Happy bufday !!!! :-)

cikpinky said...

terpanggil untuk drop komen kat sini..
tersentuh dengan entry ini :')