Thursday, July 7, 2011

"jaga tepi kain sendiri"

semua orang akan mengalami perubahan..
atau erti kata lain setiap orang akan berubah..
dari kecik ke besar..(diri ini tetap maintain,kecik je dari dulu..tak besar besar)
dari muda ke tua..
seseorang itu juga boleh berubah dari baek ke jahat..
dari jahat ke baek..tak mustahil kan..

ok,saya tau saya nie tak sebaik awak..fine,saya sedar diri saya..seorang yang sentiasa memberi masalah pada awak..seorang yang selalu bermuka masam
(abes tue nak buat macam mana,dah memang aku nie macam nie..senyuman aku tak ada unsur gediks ok)

pernahkah awak hargai saya..pernahkah awak menghargai apa yang saya lakukan..tak pernah kan..even saya nie yang selalu mengalah dengan awak..(ini bukan luahan seorang kekasih..sila jgn salah faham)

saya memang tak sangka awak begitu..
serious tak sangka sangat sangat..keperibadian awak = 0%

Sunday, July 3, 2011

nak yang sempurna tapi diri sendiri hampeh~


Petikan dari I Luv Islam “Kalau Nak Bidadari, Tunggu Di Syurga Nanti..”

Ummi   : Mat... kau dah besar Mat. Ummi rasa dah
sampai masanya untuk kau berumahtangga dan memiliki keluarga sendiri.
Ahmad : Betul ke Ummi?
Mat ok je kalau Ummi boleh carikan calon yang sesuai.... (senyum malu)
Ummi   : Haah ni gambar dan biodata A,
Ummi yakin dia sangat baik orangnya.
Ahmad : Nampak ok orangnya Ummi, tapi.....
dia ni gempal sikitlah Ummi.
Ummi   : Dah 3 bulan Ummi cari calon yang ni,
 B macam yang Mat sebut tu.
Ahmad : Masya Allah Ummi....
tapi B ni rendah lah Ummi....
Ummi   : Nah ! Cuba tengok gambar C ni,
tentunya memenuhi citarasa kau Mat.
Ahmad : Subhanallah.....
cantik dan manis betul dia ni tapi dia gelap sikitlah Ummi..
Ummi   : Kau minat tak D anak Pak Cik Min tu,
cantik, putih dan badan pun slim.
Ahmad : Mat nak yang macam tu lah Ummi tapi....
yang lemah lembut sikit wataknya.
Ummi   : Tengok gambar E ni pulak,
dah 4 bulan kawan Ummi
tolong carikan untuk anak Ummi sayang ni.
Ahmad : Mat suka macam dia lah ni Ummi
tapi Mat nak yang kelulusan professional lah.
Ummi   : Cuba kau tengok gambar F ni,
baru lulus jurutera dari Australia.
Ahmad : Allah Allah hebat dia ni...
tapi kalau dia ada ciri berkepimpinan, Mat memang setuju.
Ummi   : Ni pulak G, doktor muda balik Mesir dan ada ciri-ciri ketua,
lama dah Ummi cari.
Ahmad : Masya Allah hebat,
tapi dia tak hafal 30 juzuk Qur'an lah Ummi.
Ummi   : Maafkan Ummi Mat,
Ummi tak ada masa yang banyak untuk cari calon yang sempurna macam yang kau nak.
Ahmad : Kalau macam tu boleh Ummi minta tolong abah carikan pulak...
Ummi   : Abang, cubalah carikan calon untuk Mat,
anak kita yang memilih sungguh tu.
Abah   : Calon yang macam mana dia nak?
Ummi   : Dia nak seorang yang putih melepak, cantik,
tidak rendah, tidak tinggi, tidak gempal, watak yang lemah lembut, lulusan bidang professional, berkarismatik dan ciri terakhir, hafal 30 juzuk Al-Qur'an.
Abah   : Ok lah. Sayang pun tau, abang ni kurang sabar kan? Ayang pesan je pada Mat tu... minta dia tengok cermin puas-puas. Kalau dia betul-betul nak kahwin dengan bidadari, dia kena masuk syurga dulu.... Peace! ^_^

nak yang cantik cantik tapi diri sendiri hampeh..
dalam cerita nie,confirm saya orang first yang kene reject sebab saya PENDEK..hu3!!!
kalau nak yang macam bidadari tue cermin la diri tue dulu..
cukup ke ilmu di dada,gaji besar ke tak nak tanggung bidadari tue,ada rumah banglo tak sebabnya bidadari kena tinggal kat rumah besar..he3!!!
Terima seadanya kerana InsyaAllah kita akan bahagia selama lamanya..

"kalau nak yang cantik cantik 
cermin diri sendiri dulu"

Saturday, July 2, 2011

LEGGING BERLELUASA!!!!!

Salam all
it’s been a long time since i’ve last update rite..
practical practical practical!!!!itu pasal la saya dah jarang update
(ceh,padahal beruk tak ada,saja je nak salahkan practical)
i’ve sth to tell u all..saya dah ada  berukband..
so,dapat la saya update tiap tiap hari..he3!!!tak janji ye..
kalau tak ada apa apa problem  saya akan berusaha untuk update..

ok,next topic..saya nie baru balik dari shopping with my frens..
kitaorang pergi jalan jalan sekitar Times Square..
OMG,macam macam jenis manusia yang saya jumpa..pelbagai fesyen yang mereka pakai..
binatang yang pakai kasut  tak jumpa pulak!!!he3!!!
actually dah lama saya nak tulis pasal entry nie tapi tak tertulis pulak..
tiba tiba bila pergi TS tadi terdetik hati hari nie nak tulis entry pasal nie..
PEMAKAIAN LEGGING..PERLU KE PAKAI LEGGING???THEN PAKAI TUDUNG..
serious kelakar  dan tak sedap mata memandang..
kepada auntie,kakak,adik adik sekalian,nie saya nak nasihatkan sikit..
kalau nak berfesyen tue pandai pandai la dan bijakkan diri anda..
saya bukannya nak tunjuk baik..i’m not perfect tapi kalau nak berfesyen pun tahu jugak batas batasnya..

tengok gambar kat atas tue..tak manis kan..
ketat kat bawah menampakkan apa yang tak sepatutnya..
macam tak pakai seluar pulak..
tak manis rasanya nak tunjukkan bentuk tubuh badan kita pada orang asing kan..
memang la nak berfesyen tapi perlu ada hadnya..
fesyen tak salah tapi biar sesuai dan kena pada tempatnya..
sorry semua kalau ada yang terasa..
saya hanya insan yang ingin berkongsi

WASSALAM