Thursday, December 26, 2013
Monday, November 11, 2013
Z.I.T.A's Collections
Assalamualaikum semua.
Lately nie, aku asyik usha je blouse, jubah yang cantik cantik.
Z.I.T.A Collection pun ada koleksi jubah yang cantik dan menarik.
Lets check it out.
Joint Color Chiffon Jubah With Belt - RM 62
Quality Joint Color Chiffon Jubah - RM 65
Cape Jubah With Belt - RM 68
Printed Chiffon Blouse With Belt - RM 58
Vintage Paisley Jubah With Belt - RM 66
Selain dari jubah dan blouse, Z.I.T.A Collection juga ada sediakan tudung. Tudung yang nie special sikit.
Stethoscope Hijab
Jilbab Meatus Shoba - RM 45
Yg menariknya tudung nie ada lubang unik di area telinga utk mudahkan akses stetoskop and earphone. Kiranya design nie sesuai utk golongan doktor. yg suka dengar mp3 pun ok jugak.
Dan tidak ketinggalan Z.I.T.A Collection juga ada sediakan pilihan laptop bag yang menarik dan sesuai untuk kita semua.
More information do visit
WEBSITE:
FACEBOOK:
https://www.facebook.com/pages/ZITAs-Collection/144838422209761?fref=ts
Thank you for reading this entry.
Saturday, November 9, 2013
Playboy Itu Suami Aku
Assalamualaikum
Tamat sudah
drama Love You Mr. Arrogant (LYMA). Cant
wait for next drama, Playboy Itu Suami Aku (PISA). Juga adaptasi dari novel .
Karya Kak Suri Ryana.
Ni lah novel PISA. Gigih aku nak dptkan autograph Kak Suri. Punya la inbox dia minta dia kirimkan novel yang ada sign dia. But at last adik aku pergi jumpa dia sendiri kat Pameran Buku.
Actually
aku bukanlah peminat drama Melayu. Aku lebih suka dengan cerita cerita omputih.
Merlin, Supernatural, Rookie Blue, Vampire Diaries. Tapi disebabkan aku ni
pembaca novel tegar, aku nak tahu mcm mana novel yang aku minat boleh jadi
cerita yang menarik di layar tv. Sekarang semua drama adaptasi dari novel. Yang
terbaru next week, PISA akan ditayangkan. Sebelum novel PISA keluar lagi, aku
dah follow ceritanya. Dan penulis novel PISA tue memang antara idola aku dalam
dunia penulisan. Aku memang minat karya Kak Suri Ryana since novel Maid lagi.
Mesti lagi syok kalau novel Isteri Separuh Masa didramakan. Jalan ceritanya
lagi best.
Jom tengok !!!
New hero - Fattah Amin sbg King Adrian.
Till then, k bai.
Friday, November 8, 2013
Kenyir Lake - Soak Waterfall
Hello.. Assalamualaikum.
Bersua
kembali ye. Kali nie aku nak kongsi sikit pasal trip aku dan kengkawan ke Tasik Kenyir. Aku nak review sikit pasal aktiviti kami nie. Kiranya
trip nie nak isi masa cuti Deepavali baru nie. Happy Deepavali to all my Indian friends.
Sempat lagi kau nak wish ye Cik Jah.
Kami decide
pergi hari Sabtu. So, malam Ahad dapat le balik umah. Rumah I kan dekat uollls,
boleh la I balik sesuka hati I je. Around 6am hari Sabtu aku bangun terus siap
siap. Yela, excited kemain nak pergi picnic. Kalau nak pergi kelas, tak ada maknanya
bangun seawal itu. Lepas siap siap packing makanan, terus bertolak around 8 mcm
tue.
Disebabkan perjalanan
yang tak menentu kami sampai Tasik Kenyir around 1pm. Terus pergi kaunter tanya
and survey tempat tempat yang menarik. Then we all decide nak pergi Soak
Waterfall. Soak Waterfall paling dekat and tambang bot pun paling murah. Lagi
jauh lagi mahal. Kami naik bot 7 orang RM 150 pergi balik. Mula mula bodek la
jugak driver bot nak minta kurangkan. Dah senyum manis paling menawan pun dia
tetap nak RM 150. Dah excited nak pergi sangat, bayar ajelah.
Sampai je
Soak Waterfall terus cari port yang menarik. Dan bermulalah penggembaraan kami.
Semua makanan kami bawa sendiri. Si Rusna bawa mee goreng, si Hanan bawa
keropok and ayam. Geng geng asrama and rumah sewa buat air and sandwich. Hajat
nak bawa pizza pergi Kenyir sekali tak kesampaian. Sampai sana just nak cari
tempat utk bakar ayam je. Then terus makan kat situ.
Kami duduk
melepak kat Saok Waterfall tue ada la dalam 2 jam lebih before driver bot datang
ambil. Bagi aku trip nie memang best sebab pergi dengan kengkawan yang sempoi giler.
And tempatnya bagi aku tak berapa menarik. Mungkin Soak Waterfall tue tak
berapa menarik. Then next trip nak pergi mana pulak?
xoxo, publish.
Wednesday, October 2, 2013
Their Anniversary
Assalamualaikum.
Hello
peeps. Even busy macam mana pun, i’m trying to update. Minggu nie memang sangat
busy. Dengan lab report yang last minit buat, assignment berlambak tak siap
lagi. But for me i’ve to update about this. Seminggu yang teramat busy nie,
ramai yang rapat dengan aku menyambut anniversary kelahiran. So, for those yang
birthday baru baru nie, Happy Birthday okay.
1. My sister, Hanani. Happy 19th birthday sweety. 29/9/2013. I love u sooo much. adik yg suka cari gaduh tp gaduh manja jela.
1. My sister, Hanani. Happy 19th birthday sweety. 29/9/2013. I love u sooo much. adik yg suka cari gaduh tp gaduh manja jela.
2. My sister, Hakimah. Best ever sis, my bff. 1/10/2013. Kami berdua plan nak but majlis nikah sekali. Hehe. Happy 21st sis 

My sisters. Happy birthday to both of you. Love you all damn much. My best ever sisters.
3. Birthday girl si gadis manis yang berdiri. 2/10/2013
And sorang
lagi, my bff. ‘Ainin Sofia Khairul Azman. Happy birthday my friend. Love you
forever.
Sunday, September 22, 2013
Memori Tercipta
Assalamualaikum.
" we dont remember days,we remember the moments"
Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya
Birthday Kesayangan
Assalamualaikum.
Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to you
zaman diploma
now. Masa Majlis Tautan Kasih BIOSIS UMT
Our friendship. Rindu!!
Thursday, September 19, 2013
Tuesday, September 17, 2013
Monday, September 9, 2013
New Sem New Style
Assalamualaikum :-)
Attention !! End of sem break. 3 months off
is more than enough. Sekarang aku dah kena bermula. Dear my classmates, be
ready ok. Time to get back on track. Ceh, ayat bajet macam nak masuk lumba lari
aje.
Seperti biasa, 3 bulan cuti rutin hariannya
sama je macam bebudak lain. Makan, tidur, tengok movie, main game. Memasak, kemas
rumah out of list. Haha.. Sumpah pemalas kau Cik Ija. Apa yg aku perasan kan,
time cuti sem ramai aje member member aku nak nikah. Okay fine, guwa memang
jealous, sumpah jealous. Tapi memandangkan aku yang agak busy, tak dapatlah aku
attend majlis dorang. Yela, nak pergi majlis dorang ada event kat lain pulak. So,
aku wish kat korang semua yang dah kahwin tue “Tahniah, selamat pengantin baru.
Doakan utk aku pulak”.
Lepas tue bukak fb dorang tengok gambar
kahwin, sumpah jealous aku dah meluap luap dah. Tetiba terfikir jugak kalau aku
la yang kahwin waktu terdekat nie, adakah aku mampu nak tunaikan tanggungjawab
aku?? Entah, aku rasa macam tak yakin sebab focus aku sekarang adalah belajar. In Sha
Allah kalau ada jodoh tak kemana kan. Main main cinta tue ada la lagi tapi aku dah
hadkan sikit sebab tak nak nanti kalau apa apa terjadi mulalah meroyan tak
tentu pasal. Kita bercinta nie tak payahlah nak over sangat. Cinta sampai mati
konon. Nanti kalau apa apa terjadi mau tak nangis 24 jam. Makan tak kenyang
mandi tak basah semua tue. Okay tue je
aku nak membebel. K bai :-)
p/s: bila nak lamar saya nie??
Friday, June 21, 2013
Sem Break
Assalamualaikum. New entry setelah hampir 3 bulan aku
biarkan blog pinkish nie berhabuk. Traffic pun dah kurang disebabkan kemalasan
untuk blogwalking begitu menebal dalam diri aku. Kemain kau ayat macam lepas
exam BM je. Tetapi kali nie, aku cuba untuk
menyiapkan entry baru. Enjoice!!
Alhamdulillah secara rasminya end of semester 2. I'm going to enjoy my sem break :-) Setelah
berpenat lelah 3 minggu nie just untuk exam, finally we did it. In Sha Allah
lagi 3 bulan aku akan bergelar senior kembali. Kemain excited kau jah, macam
tak pernah jadi senior je.
Sepanjang semester 2 nie, banyak perkara yang berlaku.
Suka dan tidak ketinggalan duka. Jika ada suka mesti ada duka kan. Hidup ini
seimbang. Mesti ada suka dan duka dalam
proses untuk mencipta memori. Dan dukanya biarlah aku pendam seorang. Tidak best
kan kalau bercerita pasal duka.
So, to all my coursemates enjoy your holidays. Get ready
untuk next sem. Next sem lagi mencabar untuk kita semua. Chill la guys. Tq guys for such a great moments :-)
Currently addicted with Kurt Schneider. He's ohsem. He's not just a musician, he graduated with a degree in mathematics. He produces great+awesome music videos. Plus he's handsome too :-)
*I'm just living with my own style. And sometimes i dont think i'm an iron lady yg keras hati.
Monday, March 4, 2013
Abby's Wedding
Assalamualaikum. Firstly,minta jasa baik semua readers sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada pejuang negara kita. #PrayForLahadDatu #PrayForSabah. Tq guys :-)
Dua hari lepas, kawan aku nikah. Alhamdulillah selamat bergelar Madam. Madam Abyan Munirah. Haha. Abby cakap aku retis. Haha. Kembang semangkuk. Actually i'm not retis la. Tak famous pun mcm blogger bogger lain. Disebabkan Abby cakap aku retis,aku pun berbesar hati nak
share beberapa keping gambar nikah Abby and her hubby. Enjoice!!
credits to Irwan Mono Photography.
likes Irwan Mono Photography
With Abby,gorgeous bride.
*ambil berkat :-)
Abby,congrats dear. May Allah bless both of u.
Semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Setia hujung nyawa gitu :-)
Next year turn siapa pulak ye?? Munginkah aku?? Haha..
Doakan okay :-)
K bai,xoxo
Saturday, March 2, 2013
Selamat Hari Lahir Ayah
Assalamualaikum. Lama tidak ketemu kan. Sejujurnya aku tidaklah terlalu busy cuma agak malas untuk menulis. Kekeringan idea mungkin.Okay, agak skema ye cara penulisan aku. Haha.
Demi entry ini,aku sedaya upaya ketepikan kemalasan aku. Sebab entry ini amat bermakna bagi aku. Sempena ulang tahun kelahiran ayah aku yg ke-66 aku berusaha untuk menulis sesuatu. Antara sebab aku blogging adalah aku ingin abadikan tentang kehidupan aku dan org sekeliling aku. Senang untuk tatapan anak cucu aku nanti.
Masihkah korang ingat lagu ini??
Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan
Andai kau peroleh bahagia
Ingat itu bukan
Untuk selamanya
Andai kau dalam sengsara
Ingat itu bukan
Untuk selamanya
Hidup ini sementara (ulang 2x)
Ingat itu bukan
Untuk selamanya
Andai kau dalam sengsara
Ingat itu bukan
Untuk selamanya
Hidup ini sementara (ulang 2x)
-Aris Ariwatan-1234-
Lagu nie sering buat aku menangis. Ingat lagi aku masa form 5, setiap kali pergi sekolah pagi pagi mesti tunggu lagu nie berkumandang kat radio Terengganu FM. Bila dengar je lagu nie terus rasa sebak. Terlalu banyak pengorbanan ibu bapa kita.
Semalam,ulang tahun kelahiran ayah aku, yg ke-66. Yup,ayah aku sudah berumur 66 tahun. Ayah aku walaupun sudah berumur tetapi tetap gagah. Gagah perkasa. Haha. Tetibe semalam terbit di hati nak blk rumah. Nak slm dgn ayah dan renung muka ayah yg saban tahun semakin tua. Aku suka menulis perihal keluarga aku dlm blog sebab aku nak anak cucu aku tahu pasal keluarga mereka. Mungkin aku tak sempat bercerita pasal keluarga aku pada anak cucu aku nanti dan blog aku la medan untuk mereka ketahui sejarah keluarga mereka.
Berbalik pada perihal ayah aku. Alhamdulillah dlm usia yg boleh dikatakan agak tua, ayah aku masih sihat. Tanpa sebarang penyakit. Alhamdulillah.
Ayah,
Terima kasih kerana berusaha mendidik kami, membesarkan kami 10 beradik (termasuk arwah Kak Ti dan Kak Lah), memberi kami didikan agama. Terima kasih tak terhingga kerana melayan kami dengan penuh sabar. Membesarkan 10 anak (8 perempuan,2 lelaki) memang tugas yang mencabar.
Maafkanku ayah sekiranya pernah buat ayah terguris hati. Memang diakui aku seorang anak yg agak kuat memberontak. Dan aku pernah melakukan kesilapan tetapi berkat nasihat ayah, aku berusaha untuk menebus kesilapan aku. Ayah menjadi org tengah antara kami adik beradik yang pernah ada krisis. Biasa la setiap adik beradik ada salah faham yang terjadi.
Dan mulai saat itu, demi ayah yang aku syg, aku berusaha untuk
mengikis sikap memberontak yg ada pada aku.
Aku suka melihat kemesraan yang terjalin antara ayah aku dan anak anak saudaranya. Sangat mesra hinggakan terbit rasa cemburu di hati aku. Siapa sebenarnya anak ayah nie?? Haha
Mungkin boleh dikatakan aku agak rapat dgn ayah aku. Aku sering kali menjadi org tengah antara adik adik dan ayah. Aku suka berckp dgn ayah aku perihal kehidupan aku di universiti. Hinggakan aku rasa ayah aku dah jemu kot dgn cerita aku. Haha.
Demi ayah yg aku syg, aku akan berusaha untuk menggembirakan ayah.
Someday I will find my prince , but my Ayah will always be my King.
I love u Ayah :-)
King with his Queen, Princess and two little princess.
Half of my family.
Ayah with his two little cucu.
sebak bila mesej ayah wish birthday.
Going to update soon, Abyan's wedding.
xoxo
Subscribe to:
Posts (Atom)