Wednesday, May 4, 2011

yang mana satu pilihan hati ini??vote now!!!!

slm semua..

nak tau citer tak..citer nie tak ada la gempak sangat pun..
confirm korang dah tau dah..tapi saya tetap nak citer jugak..

ala,tak ada apalah sangat..just nak bagitau je yang sekarang nie musim orang bertunang..yelah,lecturer saya pun dah selamat bertunang + selebriti hensem yang saya suka tue.zahiril adzim pun dah bertunang dengan syera ayoub..melepas diri ini..hu3!!!kalau nak tau si zahiril pun ada blog tau..nak follow dia klik SINI
entah entah korang dah tau dia ada blog,saya je yang lambat..hu3!!

then,saya dapat tau si cantik manis yang iras preity zinta,nurul syuhada nurul ain pun nak bertunang jugak..suka sangat masa dia bercinta dengan mejar faiz dulu...itu kisah dulu ok..jangan dikenang lagi..sekarang dia dah bahagia dengan bakal tunangnya..selamat bertunang kak nurulJ

then lepas nie saya la pulak nak bertunang..he3!!antara calon calonnya ialah:
1

Muhd Shahril Firdaus B. Eli(daus AF8)




 Mohd Safiq Rahim

actually nak ashaari shamsuddin tetapi
memandangkan dia dah berkahwin
 tak elok la nak nak rampas suami orang nie..
terpaksa pilih si safiq nie..



calon yang terakhir:

 Wan Mohd Najdi Wan Mohd Noh

so,tolong saya..
yang mana satu perlu saya pilih..

sekian sahaja entry gelenya+gatal ini..

terima kasih..
lain kali jenguk lagi:)

Tuesday, May 3, 2011

kemerdekaan yang ditunggu tunggu akan tiba 4 hari saja lagi:)seronoknya~~~~~

salam semua


1 more paper..then lepas tue,saya MERDEKA..
serious,tak sabar nak merdeka..penat giler minggu exam nie.
siang malam ada exam..

berulang alik dari Asrama Maidam ke Kampus KUSZA
even masa study week pun dah start exam..
kejam kan..study week pun terpaksa dipendekkan gara gara exam kena ambil masa study week..nak bantah pun siapalah kami nie kan..hanya student yang dianak tirikan..hu3!!(gurauan sahaja)

so,saya punya plan lepas habis exam hari sabtu nie:
1)lepas habis exam,nak balik bilik nak tidur sepuas puasnya..
24 jam rasanya tak cukup kot(ceh macam la pernah rasa tidur 24 jam)
nak tidur dengan seelok eloknya..no more tidur kat meja study sambil peluk bantal yang bapak besar gila..kononya saya nak bagitau yang saya nie study hard gila..he3!!!sila jangan percaya ye..roomate saya lagi hard dia punya study..he3!!!

2)lepas bangun tido kira kira pukul 6.30 ptg,nak siap siap keluar shopping malam tue..kalau tak jadi shopping nak pergi makan besar dengan member member kesayangan saya nie..makan kat TENANG cukup..kalau nak best lagi ajak dia orang pergi secrect recipe..tapi yang kena belanjanya mestilah yatie ,orang kaya baru nie hasil gaji kerja PSTD..(wataniah girl)
p/s:yatie,kalau ko baca entry nie,sila sila la ye belanja kami semua..he3!!


3)lepas tue nak collect semua movie baru dengan si tong movie,qistina.nak amek semua movie tak kisah la yang baru ke lama ke asalkan saya tak tengok lagi..movie yang jadi keutamaan of course la cerita korea..kaki korea nie..pantang ada cerita baru mesti nak tengok punya..terima kasih qis kerana penat melayan kerenah pelanggan yang tak berbayar nie..he3!!!

4)then,nak siap siapkan diri pergi majlis annual dinner Fakulti Perubatan dan Sains KesihatanFASKESlast time kot saya dan member member yang sama waktu dengannya akan hadiri majlis annual dinner nie..next year kami sudah tak ada kat kampus lagi..kami terpaksa pergi menuntut ilmu yakni praktikal di PPUKM..yang praktikal kat HSNZ yang kat depan kampus nie 10 orang je..hu3!!terpaksa la kami berpisah..rilex gengs,facebook ka nada..kalau tak cukup dengan facebook,kita main twitter pulak ye..(saya dah ada akaun twitter tapi tak aktif pun)




5)nak kemas kemas barang yang duk bertimbun kat atas loker kat bawah katil..nak bawa balik rumah..tiada lagi tempat untuk saya di asrama MAIDAM..hu3!!!

Ini sahaja ye..actually banyak lagi plan yang nak list nie tapi memandangkan jari nie dah lenguh dah + korang mesti bosan kan,saya stop kat sini je la..actually nie entry nak hilangkan kebosanan je..he3!!!

kepada readers yang still
tak habis exam lagi..teruskan usaha anda ye..
terima kasih..papai..


sekian,wassalam

Sunday, May 1, 2011

bercinta sebelum kahwin atau bercinta selepas kahwin~yang mana lebih indah??


slm semua..entry malam nie agak gempak sikit..

pasti ramai yang tak setuju dengan pendapat saya nie kan~

walau apa pun,fikirkan mengenainya dahulu dan bermuhasabahlah anda semua..dapatkan petunjuk dari Allah S.W.T.


bercinta selepas kahwin atau bercinta sebelum kahwin~

ramai yang tertanya tanya macam mana nak bercinta selepas kahwin nie??

dan  ramai juga yang tertanya tanya macam mana nak kenal hati budi kalau tak bercinta dulu sebelum kahwin??


meh sini saya bagi pendapat saya pasal bercinta selepas kahwin dan bercinta sebelum kahwin nie..


actually,mula mula saya memang tak berminat dengan bercinta selepas kahwin nie tapi memandangkan keadaan hati yang tak menentu membuatkan saya terfikir alangkah indahnya bercinta selepas kahwin nie..he3!!


kenapa saya kata bercinta selepas kahwin nie lebih baik~
-nak keluar malam malam pun best..kenapa??

yelah kalau dah jadi suami isteri nak keluar sama sama tiap tiap malam pun dah tak ada yang nak pandang pandang pelik je kan..kalau ada yang pandang,sound je bagitau”apa pandang pandang,ada hutang ke??"ha3!!


-nak keluar sama sama sambil pegang tangan pun 
dah tak berdosa dah..
fikir fikirkanlah..
jgn jadikan diri kita setaraf dengan ......


-dapat kenal hati budi masing masing dengan lebih dekat lagi..


 then kalau yang dah pernah clash dua tiga kali mesti kesian kan..yelah,suami dan isteri  terpaksa terima ex orang lain..kalau perempuan yang dah kena “sentuh”,dah kena pegang tak ke kesian??lelaki maintain je..perempuan je yang tercalar harga diri..


-dan yg paling penting...... agama.....

Islam mmg melarang cinta sebelum berkahwin tapi amat galakkan  untuk menyuburkan perasaan cinta selepas berkahwin..
time lepas kawin la nak ber'abang2' dan ber'ayang2', kalau masa sebelum kahwin dah terbiasa dengan panggilan tu, nanti lepas kahwin pasti rasa bosan atau tak rasa manisnya lagi panggilan itu..
lagipun Islam menegah percintaan sebelum perkahwinan kerana ia meupakan taktik2 syaitan untuk menghampirkan seseorang ke arah zina....

"We marry the person we LOVE or we LOVE the person we marry"......??



Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Perempuan dikahwini atas empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang beragama, nescaya kamu akan diberkati Allah." (Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim dan lain-lain)

pendapat diatas adalah pendapat saya dan
 pendapat yang diambil dari hasil tulisan seorang ustaz..terima kasihJ

tertarik dengan watak "nur amina"
seorang wanita yang tabah harungi kehidupan selepas berkahwin
dengan lelaki yang tak dapat menerimanya..

adam ♥ nur
waiting for the nur kasih the movie


sekiranya percintaan sebelum perkahwinan terjadi,

batas perhubungan hendaklah dijaga..kita kan orang islam..

kena la jaga nama ISLAM kita tue..

dan saya sendiri pun tak elakkan diri dari bercinta sebelum kahwin nie..
kalau hati dah berkenan nak buat macam mana kan..
tapi pandai pandai la jaga diri kita dan maruah diri kita
terutamanya yang bergelar WANITA..
- Menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan.
- Menjaga maruah dan harga diri masing-masing.
-  Mendapat restu dan kebenaran ibu bapa.
- Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki diredai dan diberkati Allah.
- Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, dating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan.


sekian,wassalam