Sunday, September 25, 2011

sehari di Mid Valley

Assalamualaikum readers.dah lama tak mengupadate blog nie.rindu pulak nak update..

semalam kan aku and the gengs pergi tengok movie BINI BINIKU GANGSTER kat GSC Mid Valley.aku pergi pun sebab aku dah plan nak belanja member aku sempena bufday dia(actually,nak bagitau yang aku nie kawan yang baik,kih3x..)macam2 dugaan bila nak keluar rumah.mula2 tertinggal kunci rumah dalam rumah tapi pintu rumah dah kunci.then,punya la susah payah kita orang pergi mid.firtst kita orang naek lrt sampai TBS.then kat situ naek KTM yang macam tin sardin pergi Mid.tak sampai kat mid lagi mekap dah cair.tapi it’s ok boleh mekap balik.he3!!!so,hari nie nak komen sikit cerita BINI BINIKU GANGSTER tue.untuk pengetahuan u all,aku memang pengkritik filem tapi yang tak bertauliah..he3!!!
totally cerita BINI BINIKU GANGSTER memang mantap.semua pelakon best cuma aku just tak suka lakonan si Intan Ladyana.sorry kak intan,memang tak boleh nak back up kak intan kali nie.lakonan kak intan memang hampeh.tak best macam dalam Adnan Sempit.suka sangat tengok pasangan sweet+romantic Manje and Herry.berangan kejap dapat husband macam si Herry tue.alangkah indahnya.confirm bahagia.kali nie aku memang salute giler kat Yana Samsuddin sebab dah berjaya bukak hati aku supaya sukakan dia.Kak Yana,i  u.dan Sam memang tak dinafikan bakat dia.dia memang superb.so,aku bagi 5 bintang untuk filem nie.




Sinopsis Bini Biniku Gangster

Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.
Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam

with bufday gurl.hepy bufday lalink:)

kami:)

tq guys:)

6 comments:

nurul nabila ismail said...

thanx la cik ija oii..terharu sangat2 dapat tgk wayang free..hihi.citer ni mmg bes smpai ad kawan kte sorang tu nangis..:D

cik ija said...

siapakah cik kiah yg menangis itu..ha3!!!welcome,no hal la.sekali sekala..

shazmir said...

wah..best eh cite nie...

cun awk cun..!!
xyz4mir.blogspot.com

gadis bunga said...

nak tengok cite niii !
tai nak final . tade mase :((

cik ija said...

shazmir
sangat2 best citer nie..

cik ija said...

ayuz
nanti lepas final tengok ok:)
confirm ayuz gelak sakan nanti..