Wednesday, July 20, 2011

resepi 1:ketupat sotong

~assalamualaikum~
nak makan sotong sumbat(ketupat sotong).
mana nak cari.mesti syok kalau duduk kat Terengganu nie.
nak makan je terus call ma suruh ayah hantar.dah lama tak makan.kempunan.

jom belajar cara cara nak buat sotong sumbat.
resepi nenak moyang turun temurun.senang je.
sotong(ikut la berapa ekor pun)
5 lada hitam (ditumbuk)
2 bawang merah (dihiris)
10 biji halba
2 hiris halia
santan dari 1/2 biji kelapa
250 gram beras pulut (direndam 1/2 jam)
garam & gula(secukup rasa)

cara cara nak buat:


·         sotong dibersihkan dan ambil bahagian badan sahaja.
·         isikan beras pulut (jangan terlalu padat). kemudian sematkan dengan lidi kecil.
·         masukkan santan ke dalam periuk. kemudian masukkan sotong.
·         masukkan juga lada hitam, bawang, halba dan halia.
·         masakkan hingga mendidih. kemudian perisakan dengan garam dan gula.
·         biarkan mendidih hingga kuah agak pekat.

senang je kan.tapi saya still sekarang tak jadi jadi buat sotong sumbat nie.

kat Terengganu memang famous giler resepi nie.
kalau pergi Terengganu jangan lupa makan sotong sumbat ok!!!!


dah siap.jemput la makan.he2!!!

babai..wassalam 
nak paksa dia makan sotong sumbat saya.
biar xsedap pun.kena makan gak

4 comments:

Gauss-Seidal said...

macam tak sedap je tengok..huhu,

Cik Ija Akmal said...

Gauss-Seidal:belum cuba belum tahu.

UMIE ADAM said...

pergghh, bestnya kalo dpt makan ktpat sotong! bestnya kalo dpt gigit benda ni dlm mulut..huhu

nUrUL sYiFa' hUmAiRa said...

ble mase plak ko post entry ni ? :D baru perasan la..hik3..nt balik kl bawak ea:D